Minta untuk rehat seminggu dari perkongsian ilmu perundangan hartanah, rupanya rehat selama-lamanya

Peguam hartanah terkenal di media sosial, Salkukhairi Abd Sukor telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi ini. Menerusi kiriman daripada sahabatnya, peguam Muhammad Syarafi menyampaikan berita sedih ini.

Menerima perkhabaran Peguam Hartanah terkenal Tuan Salkhukhairi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Allahu. Orang baik²-baik ni memang Allah ambil cepat je.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama, sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Terima kasih Tuan Salkhukhairi atas jasa tuan selama ni berkongsikan ilmu hartanah pada netizen dalam usaha mendidik mereka semua. Berikut adalah perkongsian ilmu terakhir beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir

Paling terkesan, beliau yang sering berkongsi ilmu dengan orang ramai sehingga saat-saat terakhir hayatnya 13 jam lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan marilah kita sedekahkan Al-fatihah untuk beliau.

Sumber : https://siakapkeli.my/2021/07/11/kongsi-ilmu-hingga-hujung-nyawa-peguam-hartanah-terkenal-salkukhairi-abd-sukor-meninggal-dunia/