Mokhtar Senik ajar Ebit Lew salur sahaja sumbangan melalui Ahli Parlimen, Adun

Saya lihat issu UEL yang sedang hangat disabah ini bukan isu besar sebenarnya. yang jadi besar tu ialah kerana adanya manusia yang sememangnya bermusuh dengan pihak kerajaan.

Lalu mereka pura2 simpati kepada EBL untuk mengambil peluang membantai Kerajaan yang kononnya mengabaikan rakyat.

Kalau takde EBL pun mereka tetap serang kerajaan. Jadi saya ada cadangan kepada EBL yang sememangnya bersifat dermawan dan pendakwah yang gigih.

Cadangannya ialah ust salurkan bantuan melalui pihak2 yang berkuasa disuatu2 tempat. Contohnya Kerajaan Negeri, agensi2 berkenaan dibawah kerajaan, ahli2 parlimen atau adun2 setempat. Ust nak buat rakaman video ke atau nak filemkan aktiviti penyampaian sumbangan itu terpulanglah kpd pihak UEL.

Nak letak sticker NGO UEL pun tak mengapa. Yang penting program itu dilihat bersama pihak kerajaan. Pihak kerajaan dan pihak berkuasa pula boleh salurkan bentuan2 bagi memudahkan urusan tersebut disamping memberi nasihat soal2 keselamatan dan sebagainya.

Kerajaan pun suka jika banyak badan2 NGO nak bantu rakyat. Dengan itu UEL dilihat pandai menghormati pihak2 lain yang berotoriti dan pihak kerajaan pula tidak akan dilihat kerajaan korup yang langsung tak bantu rakyat sehingga terpaksa EBL dtg untuk bantu. Jadi tiada pihak akan difitnah.

Perlu diingat pihak berkuasa setempat itu lebih mengenali masyarakatnya dan perlu dihormati. pepatah mengatakan “Penduduk Makkah lebih mengenali liku2 dan lorong2 yang ada di Makkah”. Saya percaya kalau seorang profesor Oxfort dtg kesekolah2 rendah kita akan mengatakan pencapaian anak dan pelajar kita sangat lemah.

lalu profesor itu membuat kesimpulan guru tak buat kerja, tak pandai mengajar dan sebagainya. sedangkan selama ini siapa yang mengajar anak2 itu?

. siapa yang didik mereka. Siapa yang hantar anak2 itu keklinik ketika cedera dipadang?..mohon tuan profesor dan ibubapa serta masyarakat jangan lukai hati guru2 yg berkhidmat sekian lama untuk anak bangsanya.

Berhati-hatilah. Kebaikan itu bukan hanya dilihat kepada apa barangnya tapi juga dilihat dimana ia diletakkan. Hormatilah orang untuk kita lebih dihormati. Tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.-FB