Mommies boleh sediakan 5 menu finger food bebas gluten ini untuk anak usia 9 bulan

Mommies boleh sediakan 5 menu finger food bebas gluten ini untuk anak usia 9 bulan.

Seawal usia lapan bulan bayi sudah pandai menyuap makanan sendiri dan ibu boleh memperkenalkan finger food untuk mereka.

Walaupun bersepah dan comot, ibu jangan pening kerana proses itu dapat membantu kemahiran motor halus dan koordinasi si manja.

Selain itu, bukan sahaja dapat merasa tekstur makanan malah dapat merangsang sensori sentuhan si kecil. Untuk mommies di luar sana, kami kongsikan menu finger food bebas gluten untuk anda cuba. Confirm berat badan anak bertambah, selera pun menjadi-jadi.

*5 MENU FINGER FOOD BEBAS GLUTEN UNTUK BAYI, CONFIRM LICIN*
*1. LABU MANIS*

Bahan-bahan:
• Labu manis
• Tepung beras

Cara penyediaan:

1. Kukus labu sampai lembut. Lenyekkan.

2. Biar labu sejuk baru masukkan tepung beras.

3. Bentukan finger food ikut bentuk yang diingini.

4. Goreng seperti biasa.

*2. CEKODOK UBI KENTANG & AYAM*

Bahan-bahan:
• Ubi kentang
• Unsalted butter (ub)
• Isi Ayam potong dadu
• Mixed herb
• Bunga kobis/brokoli
• Carrot yang disagat
• Tepung ubi/tepung beras

Cara penyediaan:

1. Kukus ubi kentang, isi ayam dan bunga kobis sehingga lembut. Saya kukus asing setiap satu.

2. Lenyek ubi kentang semasa masih panas bersama UB. Sejukkan suhu bilik.

3. Isi ayam carikkan bagi lagi halus.

4. Lenyek bunga kobis. Sejukkan suhu bilik.

5. Bila semua dah sejuk, satukan semua bahan ke dalam ubi kentang tadi termasuk mixed herb dan tepung.

6. Tepung agak-agak sahaja. Adunan jangan terlalu lembik. Jangan terlalu keras.

7. Bentukan dan goreng. Kalau banyak boleh frozenkan.

*3. CEK MEK MOLEK INTI KURMA*

Bahan-bahan:
• Ubi keledek
• Tepung beras
• Puree kurma

Cara penyediaan:

1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.

2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras

3. Bentukan bulat-bulat dan masukkan puree kurma. Bentukkan seperti kuih cek mek molek.

4. Goreng seperti biasa.

*4. CUCUR BADAK TANPA INTI*

Bahan-bahan:
• Ubi keledek
• Tepung beras

Cara penyediaan:

1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.

2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras.

3. Bentukan bulat sedikit macam buat cucur badak.

4. Goreng seperti biasa.

*5. LEMPENG PISANG*

Bahan-bahan:
• Pisang 2 biji
• Minyak masak 1 sudu
• Telur sebiji
• Organic gluten free flour 2-3 sudu

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan sehingga sebati.

2. Kalau cair boleh tambah tepung sikit lagi.

3. Sapu pan dengan minyak dan panaskan.

4. Tuang adunan ke dalam pan. Tunggu sehingga masak dua-dua bahagian.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Nampak sedap semuanya. Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Wanita ini kongsi tip elak sampah berbau & berair.. Guna bekas sarang telur sahaja!

Mandi air panas atau air sejuk yang baik? Ini penjelasan Doktor

9 ciri yang perlu diambil kira sebelum beli dashcam