Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun Mahathir

Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun Mahathir. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia mempertimbangkan mengenai kerjasama politik dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menentang UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya Pejuang serius mengenai hal tersebut.

“Kita bersedia mempertimbangkan dan ia perlu di bawa ke Majlis Tertinggi untuk diputuskan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada pihak berhubung dengannya bagi membincangkan perkara tersebut.

Saya kurang pasti sama ada serius atau tidak cadangan itu lagipun kita sudah berada dalam fasa persiapan.

Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun Mahathir

“Awal dahulu pun pernah bincang, lepas itu tak jadi apa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, gabungan Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya telah bersiap sedia menghadapi PRU15.

“Kita sudah siap sedia,” katanya.

Selasa lalu, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti-parti politik ‘sebulu’ dengan parti itu bagi menentang UMNO.

Langkah tersebut, katanya untuk menyelamatkan negara daripada pemerintahan UMNO.

Sementara itu, ditanya adakah Perikatan Nasional (PN) sudah selesai mengenai calon PRU15, Muhyiddin berkata: “Simpan dahulu soalan itu,” katanya.

BACA:

Intel pula rancang buang ribuan pekerja

BKM 2023, ini syarat kelayakan…

‘Boleh tanya dia sebab apa saya keluar Sepahtu Reunion’