‘Mustahil beli rumah di Kosovo’

‘Mustahil beli rumah di Kosovo’. Begitulah komen Lirim. Guide kami di Kosovo.

Ahyat tanya: berapa gaji purata kat Kosovo? Lirim jawab: lebih kurang 400 euro sahaja. Berapa pula harga rumah kat sana? Lirim kata: dalam 1000 euro ke 3000 euro semeter persegi.

Apartment kat belakang tu saiz lebih kurang 50 ke 200 meter persegi. Kat Kosovo mereka bercerita tentang meter persegi bukan kaki persegi macam kat Malaysia. Mudah je.

'Mustahil beli rumah di Kosovo'

Darab 10 utk convert jadi kaki persegi. Ini setakat anggaran sahaja. Kalau nak tepat kena darab 10.7639104167. Amekau! Hahaha!

So kalau rumah 100 meter persegi atau lebih kurang 1000 kaki persegi, harganya 100,000 euro. Utk orang bergaji 400 euro memang berat. Kalau rumah 50 meter persegi pun 50,000 euro. Apartment kecil je. Sesuai utk pasangan baru kahwin.

Ini pun harga dekat area Arberia, lebih kurang 4 km di barat bandar Prishtina, ibu negara Kosovo. Ini dianggap kawasan luar dari pusat bandar Prishtina. Kalau betul2 dekat bandar rumah 100 meter persegi akan cecah 300,000 euro.

Bank ada bagi pembiayaan. Tapi tak mudah nak lulus. Perlu ada kerja tetap. Dan tak semua rakyat mereka ada gaji tetap. Katanya interest rate tinggi 6-8% tapi Lirim tak pasti kerana dia pun tak pernah terfikir nak beli rumah.

Kosovo ni negara kecil. Ada 1.8juta rakyat je. Saiz hampir 11,000 km persegi. Kalau nak bandingkan KL ada hampir 2 juta populasi dgn saiz 243 km persegi. Selangor ada hampir 7 juta populasi dgn lebih kurang 8000 km persegi.

Ahyat tanya Lirim: rakyat dia kerja apa? Lirim kata: tak banyak peluang pekerjaan. Tourism pun baru nak grow lepas pandemik. Yg paling bagus sekarang ialah industri construction. Itu pun kalau rakyat mereka sanggup nak kerja. Gaji boleh jadi double drpd purata. Itupun masih murah 800 euro.

Lirim kata ramai rakyat mereka kerja di barat Eropah di mana ekonomi mereka lagi power.

Banyak lagi kisah Lirim. Kisah perang di Kosovo. Kisah zalim Serbia. Kisah semangat Albania di Kosovo. Kisah Islam di Kosovo. Sedih dengar.

Dari Prishtina kami akan ke Prezrin yg lebih dekat ke sempadan Albania. Dan lepas itu kami akan ke Albania sebelum ke Budva Montenegro.

BACA :

Pak cik tawar diri dukung anak dekat kedai Mamak, ‘Dah 5 tahun saya tunggu dapat cucu’
Hilang tiga anak sekaligus, ‘Saya akui ujian ini terlalu berat’
Pelanggan bayar bil sampai RM3,200 makan udang untuk 6 orang, berat udang buat ramai terkedu