Nabila razali buat hal lagi, ramai mula beri respon. Jika sebut nama Nabila Razali, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ramai pastinya tentang beberap insiden kejadian nyanyian terkucil sebelum ini.
Namun, semua tanggapan tersebut seperti sudah beransur pudar apabila tular sebuah video Nabila menyanyikan single Putus dalam sebuah program hiburan baru-baru ini.
Menurut segelintir netizen, mereka kagum dengan nyanyian Nabila dan kali ini penghayatannya dikatakan sangat menyentuh jiwa.
“Dahulu ramai mengutuk dia, sekarang lihatlah peningkatannya, Hebat dan mutu vokal semakin baik,” puji netizen.
“Sedih lagu Putus ini, tahniah Nabila kerana berjaya buat ramai sebak termasuk saya,” komen seorang pengguna TikTok.
Video nyanyian Nabila yang sebelum ini terkenal menerusi lagu Peluang Kedua itu meraih lebih 400,000 tontonan dan 20,000 tanda suka.
BACA:
Air paip tiba-tiba jadi slow, ini puncanya dan cara baiki paling simple
Rujuk kembali dengan Ellie Suriaty? Ini respon Azri Iskandar
Trailer baru keluar tapi komen pasal filem Mat Kilau dah macam-macam