‘Nafsu serakah ni, tak kenal Tanah Suci ke, Tanah Haram ke, sekali dah terjerumus, mata dan hati akan buta’

Baca je kisah ni, hati saya sakit. Sungguh, nafsu serakah ni, tak kenal Tanah Suci ke, Tanah Haram ke, sekali dah terjerumus, mata dan hati akan buta, diri akan jatuh sehinanya.

Tak nak tulis panjang, saya nak kongsikan 3 perkara saja pasal ni.

Pertama, kehancuran ni bermula dengan hanya satu whatapp/sms/mesej.

'Nafsu serakah ni, tak kenal Tanah Suci ke, Tanah Haram ke, sekali dah terjerumus, mata dan hati akan buta'

Dari kisah ni, kita tahu yang kemaksiatan ni bermula dengan personal mesej yang bertanya hal remeh temeh. Yang tak ada kaitan dengan kerja pun.

Namun dari mesej durjana ni lah, membawa hingga ke kemaksiatan yang besar. Nauzubillah.

Peringatan kepada semua wanita, jika anda sudah bersuami, jangan layan mesej dari lelaki lain bertanyakan hal yang remeh temeh. Cukup sekali balas dan usah dilayan lagi.

Ketahuilah, lelaki ni ada 1001 cara untuk tarik perhatian dan curi kasih sayang dari seorang wanita. Jangan sesekali terpedaya dengan janji manis lelaki yang bertuhankan nafsu.

Kedua, hidup di dunia ni Allah beri kita akal untuk fikir buruk atau baik satu perkara.

Dah terlanjur sampai tahap check in bersama, jangan sesekali guna alasan takdir. Allah bagi akal, untuk fikir sesuatu perbuatan kita tu Allah suka atau Allah murka.

Dah terang lagi nyata berhubungan dengan isteri orang itu haram, namun dek kerana nafsu serakah kau teruskan juga, kemudian nak salahkan takdir?

Tak sempat taubat, mampu kah kau nak jawab depan Allah nanti yang semua dosa kau tu kerana takdir?

Sebelum buat sesuatu, fikir dulu baik buruk. Sebelum bertindak, ingat dulu niat sebenar dalam hati.

Benar, segalanya dalam ketentuan takdir Allah, namun jangan guna alasan tu untuk halalkan dosa kau.

Ketiga, syaitan paling suka hasut manusia supaya terjerumus dalam lembah zina ni.

Syaitan tahu yang zina ni antara dosa besar yang akan hancurkan umat Islam. Sentiasa berwaspada tak kira lelaki atau wanita.

Terutama yang dah bersuami atau beristeri. Kehancuran rumah tangga itu adalah satu musibah besar kepada umat.

Keluarga yang hancur, akan lahirkan anak-anak yang kacau bilau mental dan emosinya. Parut dan luka akibat kehancuran keluarga ni akan kekal sampai mati.

Jarum syaitan itu halus,

Serakah nafsu itu besar,

Bertawakkal kepada Allah agar dipelihara iman dan takwa.

Kerana itu sahaja benteng yang dapat lindungi kita dan keluarga kita.

Semoga Allah lindungi kita semua dari dosa maksiat dan zina. Supaya terhindar keluarga kita dari kehancuran.

BACA :

‘Pembeli dia tak tahu berapa harga penjual dapat harga’
‘Sebenarnya, bagi yang asal kampung dan duduk bandar majoriti ada cita-cita nak kembali ke kampung’
Kereta terbang pertama bakal dijual pada harga RM1.4 juta