Nak hapuskan perosak tanaman guna cara organik? Kena blender cili & bawang putih lalu sembur seminggu sekali sahaja

Nak hapuskan perosak tanaman guna cara organik? Kena blender cili & bawang putih lalu sembur seminggu sekali sahaja.

BAGI anda yang suka berkebun di rumah, haiwan perosak musuh utama. Tak mahu gunakan baja kimia? Kini anda boleh hasilkan sendiri kawalan perosak organik yang lebih selamat dan menjimatkan.

Agronomist, Azuan Abdullah teknik menghasilkan larutan yang boleh disemburkan untuk menghapuskan’tetamu’ tidak diundang seperti ‘si empat beradik’ afid (aphid), ulat koya (mealy bug), teritip (scale insect) dan lalat putih (whitefly) daripada menyerang tanaman.

“Pagi-pagi orang blender bawang putih dan cili api nak buat sarapan, saya lain sikit. Blender cili api dan bawang putih untuk breakfast tapi buat kawalan perosak secara organik.

“Nak spray pada semua tanaman yang ada di rumah ni. Formula ni sangat mudah dan cepat. Namun bila kena pada perosak, mati kering la hangpa,” titipnya.

Azuan turut berkongsi cara yang simple menghasilkan larutan semburan kawalan perosak. Cara membuatnya cukup mudah, hanya menggunakan bahan yang ada di dapur je.

*BAHAN-BAHAN*
1 ulas bawang putih
3-5 biji cili api
1 liter air kosong

*CARA PENYEDIAAN*
1. Masukkan cili api sekali dengan tangkai ke dalam blender.
2. Masukkan pula bawang putih. Pastikan bawang putih telah dikupas supaya ia hancur sekata.
3. Masukkan air pada paras separuh blender.
4. Kisar hingga hancur lumat.
5. Tapis dan tuangkan pati bawang putih dan cili api ini ke dalam alat penyembur.

6. Boleh campur sekali dengan mol lain. Untuk hari ini, saya campur sekali dengan mol ikan iaitu cecair dari proses pereputan ikan sebanyak 5 ml dan mol batang pisang sebanyak 3 ml.
7. Kacau hingga sebati.
8. Biarkan dua hingga tiga minit.
9. Spray kabus pada bawah dan permukaan daun. Pastikan semua bahagian daun terkena semburan agar ia berkesan.
10. Boleh ulang dua hingga tiga kali seminggu berdasarkan tahap serangan perosak.
11. Untuk semburan dua hingga tiga kali seminggu, tak perlu tambah mol lain. Campuran bersama mol memadai untuk sekali seminggu sahaja.

“INSYAALLAH, HASIL TANAMAN TERKAWAL DARIPADA PEROSAK YANG SERIUS.”

Menurut Azwan untuk menghasilkan larutan sebanyak lima liter,gunakan lima ulas bawang putih dan 20 biji cili api.

Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Wanita ini kongsi tip elak sampah berbau & berair.. Guna bekas sarang telur sahaja!

Mandi air panas atau air sejuk yang baik? Ini penjelasan Doktor

9 ciri yang perlu diambil kira sebelum beli dashcam