Nak terjun ke rel monorel, polis berjaya pujuk

Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu membunuh diri di Stesen Monorel Bukit Bintang, di sini, hari ini, gagal selepas berjaya dipujuk polis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.02 petang.

“Seramai 11 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat seorang mangsa tempatan berasal dari Sarawak berusia 42 tahun berdiri di tepi landasan monorel dipercayai mahu membunuh diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak polis mengambil masa hampir 30 minit sebelum berjaya memujuk mangsa 5.35 petang.

“Anggota bomba bersedia di bawah bangunan berkenaan memandangkan mangsa enggan dipujuk oleh anggota bomba.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/654946/nak-terjun-ke-rel-monorel-polis-berjaya-pujuk