Neelofa, Haris teruskan perkahwinan mereka

KUALA LUMPUR: Pelakon dan peng­acara popular, Neelofa men­dedahkan hubungannya de­ngan pendakwah, Haris Isma­il baik-baik sahaja dan positif.

Malah jelasnya, perancangan untuk mendirikan rumah tangga masih berlangsung namun ketika ini, Neelofa memilih untuk mengunci mulut berhubung tarikh perkahwinannya.

“Alhamdulillah, hubungan sa­ya dan Haris baik-baik. Ba­nyak salah faham dan cerita tidak berasas. Tapi sebenarnya ketika isu itu panas pun kami baik-baik sahaja.

“Tetapi untuk berkongsi le­bih terutama soal tarikh perkahwinan, bukan sekarang. Saya mungkin akan beritahu dalam masa terdekat namun semua­nya bergantung kepada keadaan pandemik ini,” katanya.

Neelofa berkata demikian ketika melancarkan aplikasi The Noor di sini semalam.

Dalam pada itu Neelofa ber­kata, hubungan Haris dan keluarganya juga baik selepas isu yang berlaku diselesaikan secara baik dan tenang.

“Hubungan mana yang tidak dilanda badai kan? Pasti akan pahit manis dan turun naiknya. Tetapi kami belajar daripada apa yang berlaku.

“Malah selepas kami berbincang dan menjelaskan apa yang berlaku, hubungan Haris dan keluarga perlahan-lahan pulih. Perlu bagi masa untuk semua faham dan terima,” katanya. – UTUSAN

Berita penuh: https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/neelofa-haris-jadi-kahwin/