Netizen dedah scammer sekarang dah berkubu di Grab, Shoppee

Netizen dedah scammer sekarang dah berkubu di Grab, Shoppee. Seorang pengguna media sosial TikTok yang menggunakan akaun Sallygojazz ada memuatnaik satu video memberi amaran kepada orang ramai tentang modus operandi terbaru sindiket scammer.

Dia memberitahu, kini sindiket scammer sudah tidak lagi ‘bekerja’ sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memperdaya mangsa. Bahkan mereka juga sudah ‘resign’ dari Kastam mahu pun Bank Negara Malaysia.

Tetapi mereka mula beralih ke aplikasi lain seperti Grab, Foodpanda dan Shoppee dengan cara memperdaya pengguna melalui teknik ‘phishing’ di WhatsApp.

Difahamkan sindiket scammer ini akan meminta pengguna untuk mengklik pautan diberi kononnya untuk mengesahkan pembelian di salah satu aplikasi tadi.

Pautan tersebut akan membawa pengguna kepada laman sesawang yang memerlukan mereka mengisi maklumat akaun bank seperti nama pengguna dan kata laluan. Dengan semudah itu, duit di dalam bank akan lesap sekelip mata.

Netizen dedah scammer sekarang dah berkubu di Grab, Shoppee

“Geng-geng scammer dah ‘resign’ dari LHDN, Kastam, Bank Negara dan PDRM. Dorang masuk kerja dekat Grab, Shoppee dan FoodPanda pula.

“Dia hantar link melalui WhatsApp untuk korang klink konon untuk confirmation order. Lepas korang klik, duit dalam bank hilang.

“Hati-hati guys. Banyakkan pengetahuan tentang taktik scammer. Kita pasti menang,” tulis SallyGojazz sambil menambah kadangkala scammer akan membuat panggilan telefon untuk meyakinkan pengguna sebelum menghantar pautan di WhatsApp.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ada pengguna TikTok yang membongkarkan penipuan terbaru scammer Shoppee yang membuat hebahan mengambil pekerja separuh masa. Tidak diperincikan bagaimana scam dilakukan, tetapi mereka mendakwa ramai yang tertipu dengan iklan tersebut.

“Saya dapat dari SMS ‘kurier telah dihantar ke lokasi anda yang ditetapkan. sila sahkan,” kongsi pengguna lain sambil meletakkan emoji gelak.

“Semalam aku terima spam WhatsApp ‘Hello, I’m from Shoppee. Do you need a part time job?’ Sampai harini terfikir nak buat part-time ke tak,” tulis pengguna lain pula. Kemudian ada yang memaklumkan sebenarnya itu juga taktik scammer.

“Jangan, ramai kena tipu. Boleh search scammer part time Shoppee. Habis beribu yang kena tanpa sedar,” komen yang lain.

@sallygojazz Kadang2 dorang akan call sblm hantar link.. hati2 #fyp ♬ Left right x pak vong x rindu semalam x meneketehe – anantavinnie

BACA:

Beli bisnes sushi, rupanya untuk cuci wang haram

Pertemuan Ebit Lew dengan Sultan Kelantan di Jerman, lain pula netizen perasan

Laporan audit forensik LCS didedah, ramai luah rasa terkejut