Netizen minta Fizo Omar dan Wak Doyok berhenti buat benda ‘haram’

Netizen minta Fizo Omar dan Wak Doyok berhenti buat benda ‘haram’.Sebut sahaja mengenai pelaburan tukaran mata wang asing atau Forex, ramai mengetahui bahawa hukumnya adalah haram kerana ia mempunyai unsur-unsur riba. Ramai juga agamawan menjelaskan lebih baik untuk hindarkan diri daripada pelaburan seperti ini.

Fizo Omar & Wak Doyok dilantik jadi duta syarikat broker, ramai netizen persoal

Namun, masih ramai dalam kalangan orang beragama Islam masih leka dan melibatkan diri dalam dunia pelaburan ini. Baru-baru ini, terdapat 2 orang artis yang dilantik menjadi duta syarikat broker global, OctaFX iaitu Fizo Omar dan Wak Doyok.

Dalam posting Instagram @fizoomar tersebut, difahamkan yang mereka berdua berkemungkinan terlibat dalam penggambaran menjadi duta syarikat broker yang sememangnya kurang disenangi oleh sesetengah orang.

Penglibatan OctaFX adalah tidak halal

Netizen minta Fizo Omar dan Wak Doyok berhenti buat benda 'haram'

Terbaru, tular ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna @furqanyarmouk yang dikenali sebagai Furqan Abdulla mempertikaikan bayaran yang diterima oleh 2 orang figura tersebut sehingga sanggup mempromosikan sesuatu yang sememangnya salah disisi agama.

Pada masa yang sama, Furqan meminta supaya dua orang selebriti untuk kembali ke pangkal jalan yang benar. Furqan mempersoalkan jika artis berkenaan terlampau terdesak dan katanya sebarang pendapatan atau komisen yang diperoleh menerusi penglibatan OctaFX adalah tak halal.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu bukan sahaja menerima kritikan di kalangan warganet terhadap dua orang figura tersebut, malah mereka turut meluahkan rasa menyampah apabila melihat iklan itu ‘muncul’ secara tiba-tiba di saluran YouTube.

BACA:

Menteri ni gesa rakyat kurangkan minum teh, rakyat diminta ‘berjimat’

Lubang misteri di China diteroka, ramai yang terkejut jumpa spesis ini disana

Netizen dah meluat dengan Puteri Sarah, hanya tahu sembang je