Netizen puas hati influencer kena sekolah selepas ‘najiskan’ kereta Honda

Netizen puas hati influencer kena sekolah selepas ‘najiskan’ kereta Honda.

Suami Fatin Afeefa iaitu Opai mengundang kontroversi lagi apabila bertindak memperlekeh kereta bukan jenis supercar ketika hadir ke acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Dia yang melabel kereta biasa sebagai ‘najis’ telah mengguris hati ramai orang sehingga mendapat teguran daripada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Netizen puas hati influencer kena sekolah selepas 'najiskan' kereta Honda

Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang bagaimanapun tampil memohon maaf menjelaskan kenyataan itu sebenarnya gurauan ditujukan kepada rakan-rakannya yang dilarang masuk ke acara itu. Katanya lagi, dia langsung tiada niat mahu menghina sesiapa.

Susulan isu tular, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT), Muhammad Fazil Mohd Dali atau terkenal dengan panggilan Cik Ton menjemput Opai untuk bersemuka.

@abeyjaawithfad_ Replying to @Cik Puan Faridah Moga Opai Tak Ulang Lagi Kesilapan Yang Dia Buat #fyp #diariseorangtrader #honda ♬ original sound – Arekimmm_

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa ini dipercayai telah diberikan nasihat dan dia sekali lagi memohon maaf. Dia menyedari tindakannya salah dan berjanji takkan ulangi lagi.

Saya pun masih muda, belum banyak masalah saya buat tapi ni pun masalah besar dah. Saya terima teguran ayahanda Cek Ton. InsyaAllah saya akan perbaiki diri dan majukan diri saya tanpa menjatuhkan atau memerli sesiapa.

Isu selesai, Cek Ton menerima permohonan maaf Opai dan berharap anak muda itu boleh berubah. Malah, Cek Ton berharap orang ramai juga berhenti mengecam Opai yang sudah insaf dengan perbuatannya.

BACA :

Lelaki kongsi 10 tips untuk memilih durian
Wanita kongsi cara sejukkan rumah tanpa pasang penghawa dingin
[VIDEO] Nyanyian adik ini bikin netizen berdekah, perli ibu dalam lagu