‘Ni ayat mak dia bagi kat aku setiap kali aku berterus-terang tentang tanggungjawab anak lelaki dia’

‘Ni ayat mak dia bagi kat aku setiap kali aku berterus-terang tentang tanggungjawab anak lelaki dia’.

Pernah suatu hari aku didatangi seorang kenalan, lalu bercerita kisah rumah tangganya yang hampir retak.

“Kan si Meon dah bagi semua cukup kat kau, kenapa nak kena bagi pula nafkah lain. Dia dah bayar semuanya, bertimbang rasa lah sikit”

“Ni Moon, ayat mak dia bagi kat aku setiap kali aku berterus terang tentang tanggungjawab anak lelaki dia. Tujuh tahun bernikah, sesen pun dia tak pernah bagi. Pad aku minta belikan pun dia minta duit dari aku” luah dia.

'Ni ayat mak dia bagi kat aku setiap kali aku berterus-terang tentang tanggungjawab anak lelaki dia'

Aku perhati dia melalui video call. Susut sedikit badannya. Matanya sembap.

Entah sebab menangis meratapi nasib atau tidak lena tidurnya.

“Beginilah, walau apa pun mak dia berkata, kau kena bagi mak dan anak nya sedar, nafkah untuk isteri tidak sama dengan hal-hal yang dia bayar untuk rumah”

“Entah lah Moon, aku penat dah. Bercakap hal ni buat kami bergaduh, dia lebih dengar cakap mak dia dari percaya apa yang dah termaktub dalam islam. Asyik-asyik kata duit tak cukup” sugul wajahnya.

“Aku tak arif sangat bab ni babe, tapi aku nasihatkan kau rujuk dengan pejabat agama. Minta mereka pendapat, kalau perlu bawa suami kau dapatkan khidmat kaunseling”

Aku kira itu sahaja jawapan paling selamat yang aku beri ketika itu. Bimbang kalau-kalau tersalah menjatuhkan hukum.

Kasihan.

Sudahlah dipaksa berhenti kerja, duduk di rumah menjaga anak, duit nafkah pula tidak diberi.

Ingatlah suami,

Satu sen wang kamu yang dibelanja untuk isteri merupakan pahala berpanjangan untuk kamu.

Tidak akan berkurang satu sen pun wang kalian jika diberi kepada yang hak, malah yakinlah pulangan nya berlipat kali ganda.

Bukankah,

Menyantuni isteri dengan baik dan memberi segala haknya merupakan gerobok pahala dan rezeki yang melimpah ruah.

Jika tidak cukup rezeki kalian,

Mohon semak kembali adakah kalian benar-benar sudah mengagihkan rezeki yang kalian terima kepada yang hak.

Jangan campur aduk kata nasihat yang tidak selari dengan hukum.

Wallahuallam.

BACA :

Ini sebab kenapa ayam jantan berkokok setiap pagi, bukan sebab nak kacau tidur
[VIDEO] Youtuber tanam diri dalam kubur dengan ular sawa berdepan detik cemas
Ramai tak tahu apa jadi dengan batu Jamrah selepas jemaah haji selesai melontar di Mina