Noh Hujan ludah peminat dari atas pentas sekali ini yang terjadi

Noh Hujan ludah peminat dari atas pentas sekali ini yang terjadi. Sejak bergelar duda pada awal Ogos, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh nampaknya selesa menjadi diri sendiri.

Bang haji ludah pengunjung

Terbaharu, tular rakaman video Noh berkelakuan tidak senonoh ketika Konsert Hausboom Music 2022 yang diadakan di Maeps, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, penyanyi berumur 37 tahun dilihat meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.

Biarpun terang-terangan perbuatan itu menjijikan tetapi reaksi Noh seakan seperti tidak bersalah.

Noh Hujan ludah peminat dari atas pentas sekali ini yang terjadi

Makin aneh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menganggap tindakan pemilik nama Mohammad Noh Salleh itu tidak senonoh dan memalukan.

Nama bekas isteri Noh iaitu aktivis kemanusiaan, Mizz Nina turut sama terkait dalam isu terbabit.

Selain itu, ada pengikut yang mendakwa anak kelahiran dari Sarawak itu telah mencampak ‘microphone stand’ sebelum meludah.

Sebelum ini, Noh pernah buat hal apabila ‘catwalk’ di pentas KLFW2022 sambil membawa sepuntung rokok yang tidak dibakar.

Noh juga menyebut, ‘kau pergi mampus.. kau mampus’ sambil jari menunding pada penonton yang hadir.

BACA:

Bekas isteri Bad Indigo temui pengganti setelah habis eddah

Polis bersekongkol dengan gangster, ini jawapan padu polis

Konsert depan masjid, kerajaan Kedah hanya mampu zahirkan kekesalan