Nyaris dirogol waktu riadah di Taman Rekreasi

Nyaris dirogol waktu riadah di Taman Rekreasi. Seorang wanita hampir dirogol ketika beriadah di laluan pejalan kaki di Taman Tasik Kubang Gajah, Temerloh dalam satu kejadian pada Jumaat lalu.

Didatangi lelaki pakai pelitup muka

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam ketika mangsa baru selesai membuat senaman di taman rekreasi tersebut.

Nyaris dirogol waktu riadah di Taman Rekreasi

Mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan cuba melakukan rogol terhadapnya. Mangsa berjaya melepaskan diri daripada suspek dan wanita tersebut kemudiannya hadir ke balai polis membuat laporan.

Semasa siasatan, mangsa yang berusia 27 tahun telah memberikan lakaran wajah suspek yang dipercayai berumur sekitar 30-an dan memiliki ketinggian kira-kira 170 sentimeter serta berkulit gelap.

Susulan daripada itu, lakaran gambar telah dihebahkan kepada umum bagi membantu siasatan. Pihak berkuasa juga sedang giat mengesan suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan perbuatan rogol.

BACA:

Pekerja kilang didenda kerana hina Agong, Permaisuri

Jawatan kosong di Mydin, mohon segera

Pakai kostum buaya untuk usik buaya, akhirnya ini terjadi