‘Orang kuat’ Ebit Lew dedah sesuatu di IG story

Terbaru! Penyanyi rap Caprice mendedahkan orang kanan pendakwah bebas Ebit Lew kini sudah mula sedar akan kebenaran.

'Orang kuat' Ebit Lew dedah sesuatu di IG story

Menerusi satu hantaran di Instagram, Caprice memuat naik screenshot status yang didakwa daripada orang kuat Ebit dikenali sebagai Ajai Ahmad.

Penyanyi ini meluahkan rasa bangga kerana orang kuat pendakwah itu berani ke hadapan dan menyifatkan doanya sebagai orang teraniaya makbul.

Dia juga berpesan kepada Ebit Lew bahawa pengawal peribadinya tak berani berbuat apa-apa kepadanya. Jadi Caprice mencadangkan mereka bersemuka sahaja. Haish kes apa pula ni?

BACA :

Polis dedah terdapat sejarah layari laman sesawang lucah dalam telefon bimbit Ebit Lew
Lelaki dedah 11 perkara tentang Ebit Lew yang ramai tak tahu
Kisah Masitah Buta, usahawan kongsi pengalaman hilang penglihatan bikin netizen sebak