‘Orang perempuan ni kena biar ada kuasa beli diorang sendiri. Dia punya happy tu lain macam’

‘Orang perempuan ni kena biar ada kuasa beli diorang sendiri. Dia punya happy tu lain macam’ .

Saya pernah minta isteri berhenti kerja dari bidang farmasiutikal di Bangi. Masa tu usia anak kami baru beberapa bulan.

Kerja dia memang penat, keluar awal pagi, balik lewat petang dah nak maghrib.

Dulu masa berdua mungkin okey. Tapi bila dapat anak, masing-masing goyang fikirkan anak nak kena jaga sendiri.

'Orang perempuan ni kena biar ada kuasa beli diorang sendiri. Dia punya happy tu lain macam'

Dari segi kewangan, saya yakin mampu tanggung dia. Boleh bagi duit pada masa sama selesaikan sendiri semua komitmen bulanan termasuk kos untuk 2 kereta.

Mak ayah mertua pun kerap tanya tentang keputusan nak berhenti kerja. Dah fikir masak-masak ke tidak.

Ya lah, anak dah dihantar belajar pandai-pandai untuk bekerja, tapi decide nak berhenti pula. Mak ayah mana tak risau kan?

Selang beberapa bulan, kewangan saya sangkut. Ada masa terduduk menyandar. Mandi pun air mata turun sekali sebab saya pun tak dapat bagi dia duit macam yang dirancang.

Bulan pertama, bagi full amount. Kemudian next tinggal separuh, kemudian separuh lagi, kemudian dah tak boleh survive kalau maintain.

Time tengah susah, ada masa wife pun menangis. Bukan sebab tak boleh susah, tapi sebab dia rasa jadi beban saya tampung family sorang-sorang. Nak bagi duit dia lagi.

Paling sedih dia cakap rasa “lonely” tak ada kawan. Dulu kerja ada ramai kawan-kawan. Sekarang meluah dengan suami sahaja masih rasa tak puas. Dengan penat jaga rumah, jaga anak lagi.

Saya pun rasa tak boleh go. Kewangan makin kempis, emosi saya, emosi dia pun tak stabil, maka kami pun bincang hati ke hati. Keputusannya adalah wife saya kena kerja semula.

Disebabkan pengalaman kerja dan belajar bidang pengajian sains, syukur tak susah sangat nak dapat kerja tempat baru.

Dia diterima kerja dengan jawatan lebih kurang sama, tapi skop kerja lebih besar dan mencabar. Kerja dengan company US, department team Australia/New Zealand.

Kerja tu membolehkan dia full time Work From Home. Tak ada keperluan pun masuk office, sebab dia sorang saja orang Malaysia dalam department tersebut.

Gaji dapat lebih, kos minyak dan tol dapat jimat banyak, memang lega. Yang penting dia happy, rumah pun jauh lebih kemas dan teratur walaupun multi task buat itu ini sambil kerja.

Kat situ automatik hidup kami kembali baik sedikit demi sedikit. Dapat pula pegasuh boleh jaga kami dengan sangat baik. ada 2 orang sahaja anak asuhan. Kami pun kadang hantar anak, kadang tidak.

Betullah, orang perempuan ni kena biar ada kuasa beli diorang sendiri. Dia punya happy tu lain macam. Happy dia tiap bulan shopping itu ini siap support mana patut.

Adakah saya menyesal minta wife berhenti kerja? Pada satu masa ya. Tapi bila kenang balik, MasyaAllah hebat kuasa Allah nak lorong jalan.

Rupanya dengan asbab berhenti kerja dan kami susah sekejap tu adalah asbab Allah nak bagi lebih lagi.

Begitulah. Kuasa Allah belaka. Kadang-kadang kita rasa dah rancang semua dah, tapi Allah juga sebaik-baik perancang.

BACA :

Jangan kedekut dengan anak
Azizulhasni kongsi teringat pesan isteri, ‘Buat kerana ALLAH’
Senarai artis Malaysia yang ada PhD