Orang sombong tidak akan baca tulisan ini

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN BACA TULISAN INI.

Ada orang memilih untuk hidup susah walaupun ada pilihan untuk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua sebab sayang utk belanjakan duit die. Takpe lah. Dia bahagia cara dia.

Ada orang memilih untuk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh.

Rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang. Takpe lah. Bahagia cara dia.

Orang sombong tidak akan baca tulisan ini

Ada orang memilih untuk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.

Alhamdulillah dia bahagia cara dia.

Ada orang memilih untuk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dalam bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.

Takpe lah dia bahagia cara dia.

Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dalam serba kekurangan tapi Alhamdulillah Allah berikan die nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang.

Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH.

Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa diri kita sahaja yg betul.

Seperti pepatah melayu mengatakan ikut resmi padi. Semakin berisi semakin tunduk.

BACA :

4 pekerjaan dengan gaji paling tinggi di Malaysia tahun 2023
‘Bila turun cermin, abam lihat pemandu wanita. Abam cuba untuk lebih ramah supaya dia tak huru-hara’
Penggunaan pembesar suara di surau, masjid tidak perlu diperlahankan – TMJ