Orang tengah jem dia boleh nak menyelit, VVIP kena sekolah dengan netizen.Melihat keadaan jalan raya ketika ini, tak dinafikan kesesakan kali ini luar biasa.
Masing-masing sepertinya sedang ‘membalas dendam’ selepas dua tahun tidak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta di sana.
Bukan itu sahaja, media sosial juga dipenuhi dengan pelbagai perkongsian orang ramai tentang pengalaman mereka mendepani situasi sukar itu, termasuklah pemuda ini.
Berang sikap pentingkan diri atas jalan raya
Namun, kisahnya sedikit berbeza apabila perkongsian itu mengundang amarah dan rasa tidak puas hati.
Selamba potong ‘lane’ orang
Dalam video berdurasi 13 saat itu, menyaksikan sebuah kenderaan Toyota Alphard telah membuat ‘cross’ di tengah jalan termasuklah telah memoton kereta pemuda ini.
Dia meluahkan rasa geram kerana pemandu kereta mewah berkenaan dengan selambanya menggunakan khidmat ‘outrider’ untuk membantunya memotong barisan sekaligus membelah kesesakan lalu lintas.
“Kalau aku tak bagi lalu…”
Kita sedia tahu akan keadaan jalan raya ketika ini, namun apabila ada yang bertindak ‘ikut kepala’ sendiri tidak patut rasanya.
Tambahan pula, masing-masing juga mempunyai tujuan yang sama iaitu ingin segera tiba ke destinasi dituju, jadi apa yang boleh diingatkan bertolak ansur lah dengan pengguna jalan raya lain.
Menteri-menteri kita semua ni. Dia sendiri lemas nak hadap kesesakan lalu lintas. Siap ada escort lagi. Habis yang rakyat ni. Setiap hari hadap kesesakan lalu lintas. Ada dia fikir? Tapi masih lagi menghina akal tak nak memperkasakan sistem pengangkutan awam Malaysia.
Tanpa polis eskot, boleh la klu nak buat xtahu.. Tp ada polis eskot x bagi laluan.. Paham2 jer la.. Menghalang penjawat awam nnt dia charge..
Dia adalah pegawai yang diwartakan untuk mendapat khidmat escort rider ni. Dia buat tugas rasmi kerajaan. Apa alasan kamu taknak bagi dia laluan? Kalau masuk court pon comfirm2 dia menang sebab diwartakan.
Money can buy happiness. Jalan jem? Bayar je Polis suruh escort kau sampai rumah apa ada hal. Ada duit jalan je
“Diaorang nak cepat…”
Walau bagaimanapun, meninjau ke ruangan komen tampil seorang pengguna Twitter memaklumkan pemandu kereta berkenaan adalah adiknya.
Dia mengambil keputusan demikian susulan mengenangkan menteri di dalamnya perlu bergegas ke satu tempat atas urusan tertentu.
BACA:
Kes gangguan seksual libatkan Da’i Syed, mangsa tarik balik laporan polis
Bos Twitter dapat emoji najis dari Elon Musk
Hanya guna tepung pulut atasi masalah jerawat teruk, ini caranya….