‘Pagi ni saya pesan pada suami saya, jika saya mati dulu carilah isteri baru’.
Kisah Shuib, Sarah dan Watie ni sebenarnya banyak saya ambil iktibar.
Pagi ni saya pesan pada suami saya.
Jika saya mati dulu, dia carilah isteri baru jika dia perlukan untuk laksanakan tugas dalam pastikan mental health anak anak sihat.
Juga mental health dia sendiri sihat.
Pilih isteri yang baik, tutup aurat sempurna agar dia tak yah nak kena ajar dah (jimat masa dan elak dia berdosa), faham agama, taat kepada Allah, orang berilmu, orang beribadah, orang tak tinggal solat, orang yang rajin masak walau tak pandai mana masak (sebab masakan air tangan ibu yang akan jaga kebersihan apa masuk dalam darah daging anak dan suami), pembersih, tau jaga rumahtangga.
Andai kubur saya masih merah pun, kahwin jelah. Asalkan bukan kahwin kerana nafsu semata-mata. Tapi untuk mental health diri sendiri dan anak anak.
Kongsilah apa saja kesenangan yang kita dah ada ni dengan dia. Kalau abang ada anak dengan dia pun nanti, jangan lupa kan anak anak kita. Kekal jadi suami dan abah yang bertanggungjawab pada semua anak. Mereka anak yatim.
Pada anak anak, sebenarnya saya selalu berpesan kat diorang.
“Andai ibu mati dulu, dan abah gitau abah nak kawin untuk pastikan anak anak ibu abah ni dijaga elok makan minum dan semuanya sebagaimana masa ibu ada, bagi lah abah kawin.
Sebab abah lelaki. Dia tak boleh hidup tanpa seorang wanita. Lelaki ni, sejak lahir, ada mak jaga dia sampai dia kawin. Dah kawin, isteri pulak jaga segalanya.
Kita orang perempuan ni lain. Sejak kecik berdikari segalanya. Takde orang lelaki pun kita boleh buat. Mental kita kuat walau badan kita lemah. Orang lelaki lain sikit. Banyak gantung kat perempuan hal kelangsungan hidup. Allah cipta begitu.
Jadi bagi je abah kawin. Ibu dah pesan kat abah jugak, cari wanita yang baik untuk anak anak ibu abah ni.
Yang penting, kalian hormat dia, anggap macam dia ibu sendiri walau tak sama sayang kat ibu banding sayang kat dia. Pasti sangat jauh bezanya.
Terima dia elok elok ye. Buka hatimu anak anak, demi kebahagiaan abah juga. Ibu tak mau lah nanti abah susahkan Tok Mak ke, Umimama ke untuk jaga korang pulak kalau abah tak kawin lain. Kita jumpa kat syurga semula nanti sama sama.
Bila ibu dah mati, ibu tak fikir dah pasal abah, pasal anak anak ibu sebab ibu di alam lain. Jadi yang masih hidup, teruskan aje hidup dengan aman tenteram.
Cuma yang ibu nak adalah pahala berterusan kiriman dari abah, dan 5 anak ibu ni tanpa henti tiap saat untuk ibu di dalam kubur.
Jadi takyah nak tegang tegang dalam segala hal. Kongsilah hidup dengan adik beradik tiri lepas abah kawin tu kalau memang dah ada adik beradik tiri.
Asalkan mereka baik baik. Ibu dah pesan kat abah. Kita jumpa balik kat syurga ye. InsyaAllah. Make sure kita semua jadi ahli syurga tanpa hisab. InsyaAllah.”
Pesan awal awal kriteria sebab kita tatau bila kita akan mati kan? At least suami pilih tu ikut guideline kita.
Ni semua saya pesan andai saya mati dulu. Kalau saya belum mati, jangan haraplah ku nak kongsi kongsi.
BACA :