Pak cik tawar diri dukung anak dekat kedai Mamak, ‘Dah 5 tahun saya tunggu dapat cucu’

Pak cik tawar diri dukung anak dekat kedai Mamak, ‘Dah 5 tahun saya tunggu dapat cucu’.

Sudah pasti setiap daripada kita menginginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia

Mempunyai sebuah keluarga yang lengkap dan dihiasi dengan cahaya mata yang comel dan sihat. Hari-hari dapat bermain bersama dengan anak-anak dan melihat mereka membesar adalah impian semua.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi seorang pak cik yang ingin mendukung anaknya di sebuah kedai mamak telah meraih tumpuan ramai.

Pak cik tawar diri dukung anak dekat kedai Mamak, 'Dah 5 tahun saya tunggu dapat cucu'

Lihat video penuh itu di bawah:

@ameeraida semoga ada rezeki untuk atok nenek nimang cucu 😘 #lakibini #couplestiktok #malaysiacouple #babytiktok #babymalaysia #suamiistri #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia ♬ suara asli – Azizah_bams – Azizah_Jambi

Tawarkan diri nak dukung baby

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ameeraida di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang menikmati sarapan pagi bersama keluarganya di kedai mamak sambil mendukung anaknya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia perasan bahawa pasangan suami isteri di meja sebelahnya dilihat tersenyum melihat anak mereka yang dikenali sebagai Aufaa.

Katanya lagi, pak cik tersebut yang membahasakan dirinya “atok” telah menawarkan diri untuk menggendong anaknya sementara dia dan suaminya makan. Dalam video itu, pak cik berkenaan kelihatan amat gembira bermain bersama anaknya dan tersenyum lebar.

Di akhir video itu, mak cik berkenaan mengatakan bahawa sudah masuk lima tahun mereka menunggu cucu namun masih belum dikurniakan rezeki itu.

Image from @ameeraida (TikTok)

Image from @ameeraida (TikTok)

“Pak cik tu nampak penyayang sangat moga ada rezeki dia timang cucu sendiri, aamiin” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.8M views, 199K likes dan 1,708 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat pak cik ini memegang bayi tersebut dan mendoakan supaya pasangan pak cik dan mak cik ini dikurniakan cucu serta dimurahkan rezeki.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @ameeraida (TikTok)

Image from @ameeraida (TikTok)

Image from @ameeraida (TikTok)

Image from @ameeraida (TikTok)

Image from @ameeraida (TikTok)

Image from @ameeraida (TikTok)

Image from @ameeraida (TikTok)

Comel je tengok. Apa-apa pun, semoga pak cik dan mak cik dikurniakan rezeki untuk diberikan cucu.

BACA :

Pelanggan bayar bil sampai RM3,200 makan udang untuk 6 orang, berat udang buat ramai terkedu
‘Aku tinggalkan makanan yang sedikit tu, dari jauh aku nampak ayah menghabiskan makanan yang sedikit itu’
‘Patutlah tak jawab call isteri’, lelaki ditemui meninggaI dalam tandas dengan kesan keIar