PANAS!! Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa membidas surat kiriman Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang menggesa semua ahli parti itu untuk menyatakan persetujuan meminta Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa, Ahmad Maslan telah memberikan masa kurang 24 jam untuk kesemua ahli Umno meminta sidang dewan di bawah Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Elok SUA itu rujuk constitutional expert (pakar perlembagaan) supaya kelihatan lebih cerdik hal undang-undang,” kata Annuar dalam ciapan Twitternya awal pagi ini.

Sementara itu menerusi surat balas kepada Ahmad Maslan, Annuar berkata, tindakan Ahli Parlimen Pontian itu tidak pernah dibincang atau diputuskan oleh parti, selain menganggap ianya menghina keputusan parti.

Katanya, ia bercanggah sama sekali dengan kenyataan akhbar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 12 Januari lalu yang menyebut: “Umno menjunjung titah tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan pengisytiharan darurat di bawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana nasíhat Perdana Menteri.”

“Kalau sudah menjunjung titah dan itu keputusan parti, mengapa pula YB Datuk Sri cuba membelakangi kenyataan rasmi Presiden Parti?

“Surat YB Datuk Sri adalah satu pelanggaran etika berorganisasi, menghina keputusan parti dan boleh di tafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada Agong,” tegasnya.

Annuar juga mendakwa bahawa gesaan Ahmad Maslan itu jelas adalah usaha untuk bersekongkol dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP.

“Ini jelas bercanggah dengan ketetapan parti. Justeru saya meminta YB Datuk Sri menarik balik surat tersebut dan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan yang tidak berpelembagaan serta bercanggah dengan keputusan mesyuarat parti,” katanya lagi.

Sumber:MALAYSIADATELINE