Panas!!! Anwar memberi amaran kepada kerajaan, gesa dedahkan perincian kontrak vaksin

Presiden PKR, Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap kedudukan Malaysia yang turun enam anak tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020, berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, darurat membolehkan perdana menteri meluluskan undang-undang tanpa melalui parlimen, malah kontrak perolehan kerajaan yang besar dapat diberikan melalui tender rundingan terus.

Merujuk kepada pembelian vaksin Covid-19, Anwar mendesak kerajaan mengumumkan perincian berkaitan kontrak berkaitan.

“Bukan sekadar mengumumkan 27 Feb (vaksin) akan sampai, (tetapi juga) untuk siapa, berapa jumlahnya, berapa kosnya, kontrak dan tender itu diperoleh oleh siapa?

“Kerana masalah sekarang ini ialah dengan pakai payung darurat ini, masing-masing buat keputusan tanpa tender (terbuka).

“Dan ini membimbangkan kerana ini terkait dengan isu pengurusan kerajaan yang baik, tatakelola yang baik,” katanya.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/561506