Gempar!!! Bekas PM ditahan lagi atas tuduhan rasuah RM69 juta

Bekas perdana menteri Mali, Soumeylou Boubeye Maiga ditahan pada Khamis atas tuduhan berkaitan penyelewengan pembelian pesawat bekas presiden, Ibrahim Boubacar Keita, Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Beliau ditahan atas arahan Mahkamah Tinggi berhubung kes pembelian aset ketenteraan, menurut aBamako daily.

Pada Oktober 2014, Pejabat Ketua Audit Negara di Afrika Barat mendedahkan urus niaga itu melibatkan transaksi penggelapan wang bernilai 9.3 bilion CFA francs (ASD16.7 juta bersamaan RM 69 juta).

BACA JUGA : Pemimpin Umno Pulau Pinang didakwa ubah wang haram RM11 juta

Maiga, 67, pernah menyandang jawatan Menteri Pertahanan dan Hal Ehwal Veteran ketika itu.

Beliau turut didakwa atas beberapa pertuduhan lain, antaranya pemalsuan, rasuah dan pecah amanah.

Ketua Audit Negara turut membongkar kes berkaitan tuntutan berlebihan dan beberapa kejanggalan ketika proses pemerolehan pesawat itu.

BACA JUGA : 4 jam diperlukan untuk baca pertuduhan ubah wang haram pemimpin Umno Pulau Pinang

Kes itu ditutup pada 2018, tetapi dibuka semula tahun lepas.

Maiga dipercayai antara sekutu rapat Keita yang digulingkan Kolonel Assimi Goita pada Ogos 2020.

Beliau dilantik sebagai perdana menteri pada 2017, tetapi meletak jawatan pada April 2019 berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai di wilayah tengah negara itu yang mengakibatkan 160 orang terkorban.

Maiga ditahan bersama bekas menteri ekonomi, Bouare Fily Sissoko yang didakwa melakukan kesalahan terhadap harta benda awam, pemalsuan, mengamalkan pilih kasih, nepotisme dan rasuah.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/08/27/bekas-pm-mali-ditahan-atas-tuduhan-rasuah/