Panas !! RM49.9 juta dirampas dari rumah bekas pegawai kerajaan terdahulu

RM49.9 juta dirampas dari rumah bekas pegawai kerajaan Afghanista  terdahulu. Bank pusat Afghanistan semalam berkata, Taliban merampas wang tunai bernilai lebih AS$12 juta (RM49.9 juta) dan emas dari rumah bekas pegawai kerajaan susulan ancaman masalah kewangan dihadapi pentadbiran Islam itu selepas sebulan setengah mengambil alih kuasa.

Sebahagian besar kakitangan kerajaan masih belum kembali bekerja dengan kebanyakan kes, gaji belum dibayar selama beberapa bulan, menyebabkan jutaan orang sukar untuk memenuhi keperluan.

Malah, individu yang mempunyai wang di bank sedang bergelut kerana cawangan membataskan pengeluaran kepada AS$200 (RM831.60) seminggu, selain pemilik akaun perlu beratur beberapa jam.

Rakyat Afghanistan bergelut kerana cawangan cawangan membataskan pengeluaran kepada AS$200 (RM831.60) seminggu, selain pemilik akaun perlu beratur beberapa jam. - Foto AFP

BACA JUGA : Pengakhiran guru Al-Quran yang dicemburui, menghembuskan nafas terakhir ketika membaca Al-Quran

Walaupun kiriman wang dari luar negara kembali beroperasi, pelanggan yang menunggu dana di rangkaian antarabangsa seperti Western Union dan MoneyGram semalam mengadu cawangan dikunjungi mereka kehabisan wang.

Bank meminta semua transaksi di negara yang bergantung kepada bantuan itu dilakukan dalam mata wang tempatan.

“Semua warga Afghanistan dalam organisasi kerajaan dan bukan kerajaan diminta menggunakan mata wang Afghanistan dalam kontrak dan transaksi ekonomi mereka,” kata bank pusat itu, semalam.

Bank itu dalam kenyataan berasingan berkata, pejuang Taliban menyerahkan wang tunai dan emas bernilai AS$12.3 juta (RM51.14 juta) yang dirampas dari kediaman bekas pegawai kerajaan dengan sebahagian besar daripadanya ditemui di rumah bekas Naib Presiden, Amrullah Saleh.

“Wang ini diperoleh daripada pegawai berpangkat tinggi… dan beberapa agensi keselamatan negara yang menyimpan wang tunai dan emas di rumah mereka.

“Bagaimanapun, masih belum diketahui tujuan wang berkenaan disimpan,” katanya.

Berita penuh : Berita harian