PANAS!!! Salahuddin cadang umno uji keabsahan MB dalam dewan

Esok merupakan hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk meluluskan belanjawan negeri bagi tahun 2021.

Susulan daripada beberapa perkembangan menarik berkaitan politik tanah air khususnya di Parlimen dan terkini di DUN Perak, saya merasakan isu keabsahan sesebuah kerajaan itu telah mula menjadi perhatian rakyat di negara ini.

Adalah penting untuk rakyat melihat adakah kerajaan yang ada pada hari ini, sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri, memiliki keabsahan itu.

Saya merasakan adalah elok sekiranya Umno mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan YAB Menteri Besar Johor untuk membuktikan adakah kerajaan negeri ini benar-benar dapat bertahan dan bermaruah untuk terus mentadbir negeri Johor.

Usul percaya ini akan dapat membuktikan keabsahan dokongan dan sokongan wakil-wakil Bersatu masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional Johor.

Besar kemungkinan sesuatu yang penting akan berlaku esok semasa hari terakhir sesi penggulungan belanjawan negeri yang mungkin akan memanaskan lagi suhu politik kerajaan PN di negeri Johor.

SALAHUDDIN AYUB

TIMBALAN PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA

ADUN SIMPANG JERAM

5 DISEMBER 2020