Parking petak kosong pun kena clamp, lelaki keliru

Parking petak kosong pun kena clamp, lelaki keliru. Jika sesebuah kenderaan diletakkan pada kawasan dilarang, kenderaan tersebut memang boleh dikenakan tindakan clamp sebagai ‘hukuman’. Namun bagaimana pula jika anda jadi seperti pemilik Myvi ini, kereta kena clamp walaupun dia telah meletakkannya di ruangan parkir yang sepatutnya.

Menurut lelaki itu, dia meletakkan keretanya di kawasan parkir dalam pusat beli-belah. Apabila hendak pulang, dia mendapati keretanya telah kena clamp dan ada sekeping notis denda meminta bayaran RM100 untuk membuka clamp tersebut.

Dalam video berdurasi 41 saat itu juga, dia menjelaskan bahawa tiada ‘notis’ atau ‘tanda’ menyatakan tidak boleh meletakkan kenderaan pada ruang parkir itu.

Dia turut menegaskan keretanya juga tidak menghalang laluan mana-mana kenderaan lain. Ini kerana kereta di hadapannya milik rakan dan dia boleh terus keluar dari tempat parkir itu tanpa sebarang masalah.

Perkongsian video itu turut menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen, ada mendakwa berkemungkinan parkir itu khusus untuk kedai cuci kereta yang ada bersebelahan.

Parking petak kosong pun kena clamp, lelaki keliru

Ada juga yang pernah menghadapi ‘situasi sama’ menyatakan gara-gara mereka terlupa kunci kereta, jadi ada pihak yang clamp kereta terbabit atas sebab keselamatan bagi mengelakkan kereta itu daripada dicuri.

Tidak kurang juga ada berpendapat, kotak parkir yang mempunyai nombor itu sebenarnya ‘parking khas’. Manakala bagi parkir yang tidak mempunyai nombor pula barulah boleh digunakan oleh pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai menyarankan kepada pemandu Myvi itu agar pergi ke pejabat pengurusan pusat beli-belah tersebut bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengapa keretanya kena clamp semasa meletakkan kereta di ruang parkir itu.

Netizen juga memintanya update video baharu supaya mereka tahu apa ‘kesalahan’ yang dibuatnya sehingga kereta kena clamp.

Kemas kini 7 September 2022, 12.30 tengah hari — Klik sini untuk baca kenyataan penuh penjelasan yang dikongsikan oleh pihak pihak pusat beli-belah mengenai isu Myvi kena clamp.

BACA:

Warga emas maut selepas lakukan hubungan intim dengan kekasih gelap

Ramai tersentuh lihat aksi anak kecil ini ikat tali kepada ibu bapa buta untuk tunjuk jalan

Tular video lucah mirip pelakon kanak-kanak popular