Parti liar di banglo Janda Baik, Datuk Seri antara ditahan

Parti liar di banglo Janda Baik, Datuk Seri antara ditahan. Polis menahan 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang sedang leka berhibur dalam satu parti liar di sebuah banglo di Janda Baik, Bukit Tinggi, Bentong dekat sini, awal pagi tadi.

Serbuan jam 1 pagi oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong susulan maklumat yang diterima daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata hasil pemeriksaan didapati peserta parti liar turut menggunakan dadah untuk berhibur.

“Kita menemui dan merampas dadah jenis ketamin seberat 2.18 gram serta 1.43 gram pil ekstasi dianggarkan bernilai RM800.

“Semua suspek yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita dengan lapan daripadanya adalah warga asing, berusia antara 18 hingga 64 tahun.

Parti liar di banglo Janda Baik, Datuk Seri antara ditahan

“Salah seorang daripadanya adalah seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan buat masa ini, kita sedang mengenal pasti siapa penganjur parti berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, siasatan mendapati banglo berkenaan disewa khas untuk penganjuran parti liar berkenaan dengan harga RM15,000.

“Hasil ujian saringan awal air kencing, keputusan menunjukkan semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Semua suspek kini direman empat hari bermula hari ini hingga 14 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

Tambah Zaiham, polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan tidak bermoral sebegini dan mengucapkan terima kasih khususnya kepada penduduk sekitar yang membantu menyalurkan maklumat.

BACA:

Dikecam kerana tanggalkan tudung, akhirnya Elyana buka mulut

Pasaraya BMF, Malakat Mall kini sunyi sepi tanpa pengunjung

“Pelakon wanita pun saya tak salam”, Zul Ariffin dedah apa yang berlaku