Pasang paip air dalam tandas, orang Ukraine tertarik bila datang Malaysia

Pasang paip air dalam tandas, orang Ukraine tertarik bila datang Malaysia. Seorang pelancong Ukraine mengubahsuai tandas kediamannya dengan mempunyai penyembur bidet setelah berkunjung ke Mesir dan Malaysia.

Wanita itu, Anana Anana menerusi satu hantarannya di Twitter berkata, tandasnya kelihatan hebat dengan adanya bidet tersebut di tandas yang telah diubah suai olehnya setelah melawat Mesir and Malaysia.

“Selepas melawat Mesir dan Malaysia, saya dapat memiliki benda ini (bidet) apabila mengubah suai bilik mandi,” katanya menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna dari Malaysia meluahkan rasa bangga masing-masing apabila mendapati penyembur bidet tersebut turut digunakan oleh orang luar negara.

“Saya dari Malaysia dan dengan berbesar hati mengatakan bahawa tandas anda kelihatan sungguh kemas dan bersih,” ciap @fidd_iam.

Pasang paip air dalam tandas, orang Ukraine tertarik bila datang Malaysia

“Jangan lupa untuk menyambungkan dua jenis semburan air iaitu semburan air panas dan sejuk yang bercampur agar pada musim sejuk anda juga masih boleh menggunakannya sebagai air suam dan bukannya air beku,” kata @Azt_93 pula.

Seorang pengguna, @eyrmanshah meluahkan ucapan terima kasihnya kerana telah mengunjungi dan menyebut nama negara ini.

“Terima kasih kerana telah melawat negara kami, Malaysia,” ciapnya.

Hantaran tular tersebut telah meraih sebanyak 13,100 tanda suka dan 5,077 ciap semula setakat ini.

BACA:

Aquarium terbesar dunia pecah, habis banjir bangunan dan jalan

Tak perlu seksi pun, penampilan berhijab anak Erra Fazira curi tumpuan

Ramai sayu tengok wajah sang ayah, terpaksa botakkan kepala anak