Pasangan suami isteri kekal sehingga ke tali gantung, ini yang mereka lakukan sehingga dihukum sebegitu rupa..

Pasangan suami isteri kekal sehingga ke tali gantung, ini yang mereka lakukan sehingga dihukum sebegitu rupa.. Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, lebih lima kilogram (kg) bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Haziq Mohd Kalil, 24, dan Nadia Uzid, 23, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin kerana kes membabitkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa dengan niat bersama mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 5.2 kilogram di tempat letak kereta di Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, dekat sini, pada 11.30 malam, 25 September lalu.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Pasangan suami isteri kekal sehingga ke tali gantung, ini yang mereka lakukan sehingga dihukum sebegitu rupa..

Mahkamah menetapkan 15 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah.

Akhbar pada 29 September lalu melaporkan usia masih muda namun sepasang suami isteri antara enam individu diberkas polis selepas disyaki aktif mengedar dadah di daerah Melaka Tengah di sini.

Serbuan dan penangkapan ke atas suspek berusia 23 hingga 31 tahun itu dilakukan menerusi risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

BACA:

Pas tetap komited dengan Muafakat Nasional – Tuan Ibrahim

Sultan Selangor dukacita dengan komen keterlaluan netizen

Raysha Rizrose bakal berkahwin, ini latarbelakang bakal suaminya..