Pelajar dari keluarga pendapatan bawah RM450 ribu setahun dapat pendidikan percuma

Pelajar dari keluarga pendapatan bawah RM450 ribu setahun dapat pendidikan percuma. Keluarga yang berpendapatan rendah kurang daripada AS$100,000 (RM449,800) setahun diberi belajar secara percuma di peringkat universiti.

Peluang itu diberikan kepada pelajar ijazah pertama untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mulai tahun depan.

Pengumuman tentang perkara itu diumumkan oleh pihak pengurusan universiti tersebut pada minggu lalu.

Pelajar-pelajar tersebut tidak perlu membayar sebarang bayaran termasuk kos bilik penginapan di universiti tersebut.

Sebaliknya, mereka akan diberikan bantuan kewangan sebanyak AS$4,050 (RM18,216) pada setiap tahun untuk pembelian buku dan perbelanjaan peribadi.

Pelajar dari keluarga pendapatan bawah RM450 ribu setahun dapat pendidikan percuma

Lebih daripada 1,500 pelajar atau 25 peratus daripada pelajar universiti itu dijangka mendapat peluang pendidikan percuma tersebut.

Sebelum ini, hanya pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan kurang daripada AS$65,000 (RM292,370) setahun mendapat bantuan kewangan penuh.

“Salah satu nilai Princeton ialah komitmen kami untuk memastikan pelajar-pelajar berbakat dari semua latar belakang bukan sahaja mampu mendapatkan pendidikan tetapi boleh berkembang di kampus kami dan di dunia di luarnya,” kata Christopher L. Eisgruber iaitu Presiden Universiti Princeton dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Michelle Obama iaitu isteri bekas Presiden AS, Barack Obama dan bilionair Jeff Bezos pernah belajar di universiti itu, dipetik Agensi.

BACA:

Kos sara hidup meningkat, ini cadangan pengeluaran KWSP untuk M40 & B40

Diambil berlakon filem askar, Dafi nafi guna kabel

Bantuan bulanan sehingga RM1000 untuk kanak-kanak, ibu bapa boleh mula mohon