Pelancong asing maki staf KLIA, netizen harap Azwan Ali kerja situ

Pelancong asing maki staf KLIA, netizen harap Azwan Ali kerja situ. Sudah menjadi menjadi lumrah, bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan perlu berdepan dengan berbagai-bagai perangai manusia. Yang penting, tahap kesabaran perlu tinggi dan ketahanan mental yang cukup baik. Begitulah yang harus di lalui oleh salah seorang staff di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA).

Seperti video singkat yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok bernama @missssssyl, ia memaparkan sikap biadab seorang pelancong warga asing memarahi staff yang bekerja di salah sebuah kaunter di balai ketibaan, KLIA.

Kami di Murai MY tidak dapat memastikan punca sebenar warga asing ini bersikap agresif dengan memaki dan memarahi staff di situ.

Namun pengguna TikTok ini menulis di ruangan kapsyen bertanya, “Apa yang anda patut lakukan sekiranya ada orang yang sebegini menyerang anda dengan tanpa alasan?”.

Netizen Geram & Marah

Pelancong asing maki staf KLIA, netizen harap Azwan Ali kerja situ

Di ruangan komen, rata-rata netizen begitu bengang dengan sikap pelancong asing ini yang begitu biadab. Lebih menyakitkan hati, pelancong asing mengeluarkan kata-kata kesat. Ada yang mendakwa pelancong asing ini mabuk atau meroyan.

Tak kurang juga yang berharap, hos terkenal Azwan Ali yang terkenal dengan kata-kata pedasnya itu dapat bertemu dengan pelancong ini.

Pelancong asing maki staf KLIA, netizen harap Azwan Ali kerja situ

Tinjauan kami di ruangan komen, pengguna staff KLIA ini ada membalas komen dari netizen dan berkata dia sudah biasa berdepan dengan pelancong biadab seperti ini.

Pelancong asing maki staf KLIA, netizen harap Azwan Ali kerja situ

Sehingga artikel ini di tulis, video ini mendapat perhatian dari pengguna TikTok sehingga meraih lebih dari 123 ribu tontonan. Kami berharap semua staff yang berkhidmat melayani para pelancong luar mahupun dalam negara supaya kekal sabar dan tenang menghadapi situasi begini. Jika keterlaluan, bolehlah membuat aduan kepada pihak berkuat kuasa.

Terbaharu, bekas penyampai radio, Kudsia Kahar turut meluahkan rasa marahnya di laman twitter mengenai isu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

BACA:

Kenaikan gaji bagi penjawat awam bermula 1 Januari

Dua kerakyatan pula, Baby Shima bikin panas lagi

Penternak dedah harga kos terkini seekor ayam dan sebiji telur