Pelanggan wanita paling pemurah, penghantar makanan terkejut terima tip RM1000

Paling banyak pernah dapat tip ialah RM50 tapi kali ni RM1,000! Pelanggan wanita pemurah.

Muhammad Faris, 28, memuat naik hantaran di Facebook (FB) mengenai kisahnya menerima sampul berisi wang RM1,000 daripada seorang pelanggan wanita.

Pelanggan wanita paling pemurah, penghantar makanan terkejut terima tip RM1000

“Sebagai penghantar makanan, memang ada pelanggan yang bermurah hati memberikan tip dan paling banyak pernah diterima ialah RM50 tetapi saya tidak berharap sangat kerana sudah memang tugas menghantar pesanan kepada mereka.”

“Ketika dalam perjalanan, pelanggan itu ada menghantar kiriman mesej memaklumkan saya supaya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul yang ada di situ,” katanya.

Selepas beredar daripada situ, Muhammad Faris berhenti rehat di satu kawasan dan terkejut apabila melihat ada RM1,000 di dalamnya.

Bagi mendapatkan kepastian, Muhammad Faris menghubungi semula pelanggan berkenaan kerana bimbang tersilap mengambil sampul sepatutnya.

“Rupanya, pelanggan berkenaan memang berniat memberi saya wang sebanyak itu.”

“Dia ikhlas cuma minta saya doakan semoga dia dikurniakan zuriat dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain.”

Pelanggan wanita paling pemurah, penghantar makanan terkejut terima tip RM1000

“Ikutkan saya tidak mahu berkongsi kisah itu di FB tetapi lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas terbaca hantaran saya,” katanya.

“Saya belum usik lagi wang itu tetapi ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu berpanjangan.”

“Siapa tahu, dengan sedekah itu, Allah makbulkan impian wanita itu untuk mendapat zuriat seperti yang diharapkan,” katanya.

Nota: Jom sama2 doakan akak pemurah tu dikurniakan zuriat. Dan moga rider berkenaan juga dimurahkan rezeki asbab kejujurannya.

Sumber : The Viral Stories

BACA :

Keracunan makanan di Gunung Gelemat, Kakitangan Perhilitan maut
Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana dilancarkan untuk transformasi ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia
Remaja cedera sewaktu menangkap ikan, hidung tertusuk anak panah