Pemain dota 2 dari Malaysia ‘jackpot’ RM2.84 juta

Pemain dota 2 dari Malaysia ‘jackpot’ RM2.84 juta. Pada ketika ini sedang berlangsungnya pertandingan tahunan terbesar Dota 2 iaitu The International 2022 yang menampilkan sejumlah pasukan daripada seluruh dunia. Pada kali ini, beberapa pemain Dota 2 Malaysia juga berpeluang menyertainya dan memenangi hadiah lumayan yang disediakan.

Seorang pemain Dota 2 yang dikenali sebagai NothingToSay atau nama penuhnya Chen Jin Xiang yang berasal dari Malaysia ini berjaya memenangi bahagian hadiah berjumlah $600,000 bersamaan RM2.84 juta selepas menduduki tempat ke-lima di dalam pertandingan TI11 kali ini.

Beliau telah bertanding di bawah pasukan PSG.LGD yang berpengkalan di China yang mana mereka mempamerkan corak permainan yang cukup hebat. Pada ketika ini, tinggal berbaki beberapa pasukan mewakili negara masing-masing mahu merebut hadiah utama yang berjumlah RM36 juta.

Pemain dota 2 dari Malaysia 'jackpot' RM2.84 juta

Malah, beliau bersama pasukan profesionalnya berjaya menduduki tempat kedua di dalam pertandingan yang sama dan memenangi sejumlah $5.4 juta (~RM21.6 juta) pada tahun lalu.

Dalam pertandingan yang sama, seorang pemain veteran Dota 2 Malaysia iaitu Mushi selaku jurulatih pasukan BOOM Esports telah berjaya menduduki tempat kesembilan dengan bahagian hadiah berjumlah $259,474 (~RM1.23 juta). Acara ini akan berlangsung sehingga 29 Oktober ini.

Dengan penyertaan beberapa pemain Dota 2 Malaysia di dalam pertandingan tahunan terbesar ini, mereka sebenarnya telah berjaya menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Malah, pemain profesional Malaysia secara langsung diakui sudah bertaraf dunia dan mampu meraih hadiah mencecah jutaan ringgit.

BACA:

Kerana mulut badan binasa, Kanye West dihalau Skechers

Peniaga dakwa Tiktok ‘rembat’ puluhan ribu ringgit untung meniaga

Lana Nordin bedah hidung lagi sekali ini yang jadi