Pemuda ini sanggup belanja besar demi kelihatan seperti Jemin

Seorang influencer (pempengaruh) media sosial di United Kingdom sanggup membelanjakan kos yang tinggi untuk menjalani pembedahan plastik demi untuk kelihatan seperti ahli kumpulan BTS, Park Je-min atau Jemin.

Oli London dilaporkan menghabiskan AS$150,000 (kira-kira RM623,000) bagi merealisasikan impiannya itu sejak beberapa tahun lalu.

London yang kini terkenal dalam kalangan peminat K-pop mendedahkan pembedahan plastik yang dijalaninya sejak 2018 menerusi temu bual di Barcroft TV.

PERBEZAAN wajah London sebelum (kiri) dan selepas (kanan) menjalani 15 pembedahan untuk ‘menjadi’ Jimin. FOTO IG

Dia yang memiliki 427,000 pengikut di aplikasi TikTok dan 28,600 pelanggan menerusi saluran YouTubenya, baru melancarkan lagu Christmas in Korea.

London mula dikenali selepas tampil menerusi pelbagai program televisyen termasuk di Amerika Syarikat dan mendedahkan sanggup menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Jemin.

“Saya tidak merancang untuk ‘menukar’ bangsa namun tetap menghormati budaya Korea.

“Ia adalah satu bentuk penghayatan budaya, bukan ambil guna budaya (cultural appropriation),” katanya.

Dalam tempoh enam tahun, London sudah menjalani 15 pembedahan untuk merealisasikan cita-citanya untuk kelihatan seperti Jemin.

“Jika anda melihat gambar saya dan Jemin, ia kelihatan seperti kami memiliki persamaan,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/724896/jimin-rm623000