Pemuda nekad letupkan Tesla miliknya selepas geram kos tukar bateri mahal sangat

Pemuda nekad letupkan Tesla miliknya selepas geram kos tukar bateri mahal sangat

Kecewa kos tukar bateri mahal, lelaki ini nekad letupkan kereta Tesla miliknya.

Seorang lelaki di Finland meletupkan kereta jenama Tesla Model S miliknya yang berharga kira-kira AS$95,000 (RM398,563) setelah kenderaan tersebut rosak, manakala kos baik pulihnya amat tinggi, lapor akhbar New York Post pada 24 Disember 2021.

Tuomas Katainen membeli kereta itu pada 2013 dan mengatakan ‘ia adalah kereta yang sangat baik’ sebelum rosak setelah jarak pemanduannya mencecah 1496.7 kilometer.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Pemuda nekad letupkan Tesla miliknya selepas geram kos tukar bateri mahal sangat

Setelah sebulan berada di bengkel, mekanik memberitahu bahawa dia perlu menggantikan ‘keseluruhan sel bateri’ pada harga 20,000 euro atau kira-kira RM95,004.83.

“Jadi saya beritahu mereka saya akan mengambilnya tanpa dibaiki. Namun, saya akan meletupkannya,” kata Tuomas kepada pesohor YouTube daripada saluran Pommijätkät.

Kecewa kos tukar bateri mahal, lelaki ini nekad letupkan kereta Tesla miliknya.

Tuomas bertindak mendapatkan bantuan pasukan lagak ngeri yang menjalankan rancangan realiti di saluran itu untuk meletupkan keretanya. Kru lagak ngeri itu meletupkan kereta itu di sebuah bekas tapak kuari di kawasan bersalji Jaala.

Mereka meletakkan kira-kira 33 kilogram bahan letupan pada badan kereta tersebut. Patung manusia yang dipakaikan topi keledar dan topeng mirip wajah pengasas Tesla, Elon Musk dijatuhkan dari sebuah helikopter sebelum diletakkan di tempat duduk pemandu.

Rakaman menunjukkan Tuomas bersama kru tersebut bersorak setelah kereta diletupkan. Lelaki itu menganggap bahawa letupan tersebut lebih bermakna daripada menyimpan kereta Tesla yang tidak berfungsi.

Tonton:

Berita Lain:

Orang ramai terkejut tengok penampilan pelik DSV, “macam tak siuman..”

Gelagat adik ni jual surat khabar tepi jalan buat netizen sebak

Hanya guna bahan buangan ini sahaja untuk lebatkan buah di pokok

[/bg_collapse]