Pemuda tampil bersuara bagi pihak lelaki B40, ‘Semua isteri nak suami macam Hafiz Mahamad’

Pemuda tampil bersuara bagi pihak lelaki B40, ‘Semua isteri nak suami macam Hafiz Mahamad’.

Tiada seorang pun dalam dunia ini yang tidak mahu menjadi kaya dan boleh menghadiahkan macam-macam buat orang tersayang

Namun, rezeki setiap manusia itu berbeza-beza. Mana ada orang yang perfect dalam dunia ini. Mungkin orang lain lihat kehidupan kita mewah, tetapi mereka tidak tahu bagaimana turun naiknya urusan sebelum kita berjaya.

Baru-baru ini, pempengaruh terkenal Hafiz Mahamad sekali lagi menggegarkan seluruh media sosial dengan kejutan hari jadi yang diberikan untuk isterinya, Syafiqah Aina.

Pemuda tampil bersuara bagi pihak lelaki B40, 'Semua isteri nak suami macam Hafiz Mahamad'

Dia membuat sebuah dokumentari dan bakal membawa si isteri untuk menunaikan haji tidak lama lagi.

Disebabkan video tersebut tular, ramai para wanita menginginkan pasangan dan suami yang sweet seperti Hafiz Mahamad.

Perkara tersebut telah membuatkan seorang lelaki tampil bersuara bagi pihak para suami dari golongan B40 telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

@farhantugimanpernohonan rayuan diraja

♬ original sound – Farhan Tugiman

Minta Hafiz Mahamad jangan tunjuk video kejutan di media sosial sebab ramai tak mampu buat macam itu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farhantugiman, kelihatan lelaki itu sedang membebel seorang diri sambil memandu kereta.

“Kepada abang Hafiz Mahamad, saya minta tolong ya kalau abang buat surprise gift-gift luar biasa tu, abang rakam bagi Aina tengok dekat rumah jelah. Pasal apa bang, saya bulan ni nak beli durian pun payah jugalah bang.

Nak bagi surprise dekat rumah tu susah kan. Gift abang tu impian seorang lelaki tu. Abang hanya menyulitkan para lelaki yang B40 lah bang. Abang buat saya cemburu lah dengan diri saya ni” bebelnya.

Image from @farhantugiman (TikTok)

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 1.3M views, 99.9K likes dan 4.9K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut meluahkan pendapat masing-masing mengenai kejutan Hafiz Mahamad itu

Ada yang setuju dengan lelaki tersebut, ada juga para isteri yang memuji usaha suami mereka untuk menggembirakan keluarga walaupun dalam keadaan sederhana.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image from @farhantugiman (TikTok)

Image from @farhantugiman (TikTok)

Image from @farhantugiman (TikTok)

Image from @farhantugiman (TikTok)

Lain orang lain cara nak happy kan pasangan, pokok pangkalnya kita kena ukur baju di badan sendiri.

BACA :

‘Rumah kami hanya ada 1 aircond, kaklong pun taktau apa yang buat bil sampi 290-300 sebulan’
[VIDEO] Lelaki seberat 300kg dibawa ke hospital guna forklift
Pemuda jujur pulangkan laptop, duit dalam beg pun tak sentuh.. ‘Dah la kacak, baik pula tu!’