Pendeknya saat membesarkan anak-anak

Pendeknya saat membesarkan anak-anak.

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan bagai lagi. Buku-buku pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik.

Bedak, sikat entah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan dibawah meja. Maka kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku-buku dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pendeknya saat membesarkan anak-anak

Pagi esoknya seorang akan bertanya emak. “Mak… mana pensil saya.”. Kemudian sorang lagi bertanya… ” bedak mana makkk?” Sorang pulak akan tanya “anak tudung saya mana mak?.

Mak segera lupakan jeritan semalam… “Tu laaa… lain kali jangan sepah barang-barang.”

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2. Ada katil yang dah kosong. Tempat sangkut baju pun sikit jer bajunya.

Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya.

Tiap-tiap anak punyai bau istimewa masing-masing. Jadi mak pun hidu udara bilik tu sedalamnya untuk hilangkan rindu pada anak-anak.

Apa yang tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak-anak. DAN JUGA kehangatan badan anak-anak dibawah pelukannya masa kecil dulu.

Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. Tapi ia seindah padang pasir yang tak berpenghuni.

Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit suruh anak–anak buka atau tutup.

Kamu semua sekarang dah ada dunia sendiri dan mak/abah sentiasa mendoakan dan memohon… YA ALLAHHH… peliharalah anak2ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yang sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari.

Dedicated to all parents….. Kehidupan kita sekarang.

BACA :

[VIDEO] Lelaki tunjal kepala wanita kerana pandu secara merbahaya
Bila dapat durian isi macam ni ramai pelanggan yang reject, kalah pada rupa menang pada nikmatnya
[VIDEO] Kes rompakan di klinik semakin berleluasa, hampir semua bersenjata