Pengarah KPDNHEP sahkan rakyat Singapura isi RON95 tidak boleh diambil tindakan

Pengarah KPDNHEP sahkan rakyat Singapura isi RON95 tidak boleh diambil tindakan.Tindakan penguatkuasaan berhubung kenderaan pendaftaran asing yang mengisi minyak petrol jenis RON95 hanya boleh diambil terhadap pengusaha stesen minyak dan bukan individu warga asing yang berbuat demikian.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, adalah penting bagi pengusaha mengambil langkah proaktif untuk mengekang kegiatan itu kerana undang-undang berkaitan telah dimaklumkan dengan jelas kepada mereka ketika mahu mendapatkan lesen perniagaan.

“Tindakan hanya kepada pengusaha stesen minyak dan bukannya terhadap pemilik kenderaan, jadi kita minta pengusaha lesen mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan dengan jelas,” katanya.

Pengarah KPDNHEP sahkan rakyat Singapura isi RON95 tidak boleh diambil tindakan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, di sini hari ini ekoran tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak jenis RON95.

Sementara itu, Mohd. Hairul Anuar turut meminta orang awam untuk mengambil bukti bergambar melibatkan warganegara Singapura yang bertindak mengisi minyak petrol jenis RON95 ke dalam tangki kenderaan mereka beserta butiran lengkap kejadian tersebut.

“Orang awam yang mahu membuat aduan tentang penyalahgunaan minyak petrol ini diminta untuk kemukakan bukti dengan butiran yang jelas, selain gambar mereka juga perlu maklumkan lokasi dan masa kejadian.

“Kami komited untuk membanteras kesalahan tersebut kerana petrol RON95 adalah hak warganegara dan KPDNHEP Johor akan pastikan hak pengguna di negeri ini dilindungi,” jelasnya.

Ahad lalu, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengusaha stesen minyak yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing akan berdepan tindakan tegas sehingga didenda RM1 juta atau penjara makismum tiga tahun dan syarikat yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

BACA:

ePemula : ShopeePay tawar baucer tambahan RM500, ini cara daftar

Selalu tunjuk duit banyak di youtube, sekali LHDN datang komen, nak ‘terberak’ baca..

Gaya bersahaja Tokti di dapur dipuji “Dah dah macam mak-mak kita dulu”,