‘Peniaga air paling bijak aku jumpa setakat ni.. Patutlah air senang penuh’

Peniaga Air Paling Bijak Aku Jumpa Setakat Ni.

Aku bawak kereta.

Aku nampak balang air penuh & meriah mcm ni.

'Peniaga air paling bijak aku jumpa setakat ni.. Patutlah air senang penuh'

Tiba-tiba tekak rasa haus.

Bila aku beli air, aku terkejut!

Rupa-rupanya..

Balang air dia tu nampak je lebar bila tengok drpd depan, tapi bila tengok belakang kecik je rupanya.

Patutlah air senang penuh.

Tapi yg paling KURANG AJORR bukan saiz balang dia tu yg kecil.

Tapi rupanya..

Air balang dia sebenarnya tak penuh pun, Dia letak sticker je dekat depan balang tu nak kasi nampak penuh.

Maksudnya the whole balang air tu dia Wrap dgn sticker gambar air penuh mcm dlm gambar ni.

Maka aku pun dua kali kena TIPU.

HAHAHA

Memang bijak, pakai balang lebar tapi kurus, dan letak sticker terus cover satu balang so nampak air sentiasa penuh.

Inilah kedai air dgn Click Through Rate (CTR) yg paling tinggi.

10 kereta lalu, 1 kereta akan stop sebab saiko dgn Creative Ads (gambar balang) yg nampak menarik.

Dan alhamdulillah.. Mmg air dia sedap pun.

So ni masuk kali kedua aku beli. Jadi kedai ni bukan je CTR bagus, AOV not bad dlm RM 5 harga satu cawan, tapi LTV pun bagus sebab sedap & org repeat order.

Overall ini good benchmark kalau nak bukak kedai tepi jalan.

Sekian sahaja case study kedai air balang.

BACA :

Kisah wanita 41 tahun kahwin dengan budak bawah umur, ‘Baru dua minggu khatan terus kahwin’
Akibat mahu besarkan kemaluan, lelaki tanggung derita selepas masukkan zakar dalam sarang semut
Wanita maut akibat kemalangan, ‘Isteri nak buat kejutan datang Kuantan…’