Peniaga kongsi rahsia cara buat bancuhan tepung pisang goreng yang rangup & banyak serdak

Peniaga kongsi rahsia cara buat bancuhan tepung pisang goreng yang rangup & banyak serdak.

Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana peniaga pisang goreng membuat bancuhan tepung pisang goreng rangup dan berserdak?

Serius sedap kalau dapat ratah serdak pisang goreng ini. Makan petang-petang kat laman rumah bersama secawan teh sangat menenangkan jiwa.

Peniaga kongsi rahsia cara buat bancuhan tepung pisang goreng yang rangup & banyak serdak

Seorang peniaga pisang goreng dedah resipi pisang goreng hasil jualan hariannya yang rangup dan sedap. Jom lihat resipi perkongsian olehnya di bawah.

Peniaga Kongsi Resipi Bancuhan Tepung Pisang Goreng Rangup & Berserdak

Bahan-bahan:

  • Tepung beras sekampit (tak kisah jenama apa)
  • 1 biji telur
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit air kapur
  • Garam

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Pastikan bancuhan tidak pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Tips untuk dapatkan serdak yang banyak adalah goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Itu sahaja, tiada bahan tersembunyi. Saya bagi niat berniaga kerana Allah taala.

BACA :

‘Ramai tanya aku macamana dari driver boleh jadi manager’
Semakin membimbangkan! RUU Generasi Penamat Rokok ‘WAJIB’ dilaksanakan segera
‘Saat dia menerima berita gembira berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, Allah menjemput ibunya pulang’