Peniaga mengeluh jualan tak laku, pembeli mula berjimat

Peniaga mengeluh jualan tak laku, pembeli mula berjimat. Corak ber­belanja rakyat Malaysia yang mula berjimat cermat lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barangan ketika ini turut memberi kesan kepada peniaga dan pe­ngusaha yang menjalankan perniagaan selain makanan dan barangan keperluan.

Rata-rata peniaga dan pengusaha mengakui mengalami kemerosotan jualan produk mereka pada masa ini, sekali gus perlu memikirkan strategi lain untuk mempertahankan perniagaan masing-masing.

Pembekal botol plastik dan kaca, Muhammad Afiq Omar, 34, berkata, dia mengalami penurunan jualan kira-kira 52 peratus untuk bulan ini dan salah satu­nya berpunca daripada pengguna lebih mengutamakan bara­ngan penting ketika berbelanja.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita menerima kesan dari segi jualan dan selepas PKP, orang mula keluar dan membeli. Kemudian pembukaan sekolah, jualan kita agak perlahan.

“Dengan desas-desus inflasi pula, ia memberi kesan kepada perniagaan kami. Pelanggan nampak lebih berhati-hati membeli barangan penting dan mereka akan cari yang menawarkan harga murah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Peniaga mengeluh jualan tak laku, pembeli mula berjimat

Muhammad Afiq yang menjalankan perniagaan sejak 2017 berkata, dia turut mengimport barangan dari China dan ditambah kos bahan mentah juga semakin meningkat, ia memberi kesan kepada peniaga sepertinya.

“Justeru, kami perlu bertahan, mengkaji dan cuba sebaiknya termasuk strategi pemasaran kami. Kalau masih berterusan juga, perlu buat sesuatu terma­suk perancangan untuk perniagaan kami,” ujarnya.

Usahawan perniagaan pakaian kanak-kanak, Ismah Syamimi Ismail, 30, berkata, sikap berjimat cermat pelanggan turut memberi kesan dari segi jualan peniaga dan usahawan yang menjalankan perniagaan bukan barangan ke­perluan dan makanan.

“Bagi saya kalau dibandingkan dengan beberapa tahun lalu, memang ada kesan kepada jualan lebih-lebih lagi apabila adanya platform e-dagang masuk ke Malaysia. Pelanggan akan membezakan harga untuk mendapatkan barangan lebih murah,” ujarnya.

Pengusaha perniagaan te­le­kung, Marhamah Zabidi, 33, berkata, dia mengakui terdapat penurunan dari segi jualan tahun ini, berbanding tahun lalu dan dengan sikap jimat cermat pengguna, ia juga boleh menjadi salah satu punca.

“Bagaimanapun, secara peri­badi saya percaya, apabila harga barangan keperluan semakin naik dan orang ramai pula sudah mula berjimat cermat serta mengutamakan barangan penting, ia sedikit sebanyak memberi kesan dari segi jualan kepada kami,” ujarnya.

BACA:

Zikir menurut Tok Guru Nik Abdul Aziz

Kahwini kembar serentak, lelaki tersenyum puas diatas pelamin

Youtube ‘banned’ video Lofi Girl, syarikat dari Malaysia didakwa jadi punca