Peribadi atlet muslim di sukan Olimpik ini buat rakyat tersentuh

Peribadi atlet muslim di sukan Olimpik ini buat rakyat tersentuh.Dalam Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, peserta judo Mesir Mohamed Ali Rashwan bertemu dengan Yasuhiro Yamashita dari Jepun dalam perlawanan akhir.

Yamashita tidak berada dalam kondisi yang baik ketika itu kerana ketika perlawanan sebelum ini, otot kaki kanannya terkoyak dan dia cedera parah sebelum memasuki perlawanan akhir.

Yamashita terpaksa mengheret kaki kanannya ketika masuk ke gelanggang. Semasa pertarungan berlangsung, jurulatih Mohamed sentiasa menjerit: “Ayuh! Serang kaki kanannya, pukul kaki kanannya.”

Semua yang menonton perlawanan tersebut dapat melihat bahawa Mohamed hanya perlu memukul kaki kanan lawannya itu untuk menang.

Tetapi dia tidak melakukannya.

Peribadi atlet muslim di sukan Olimpik ini buat rakyat tersentuh

Atlet judo Mesir itu akhirnya tewas kepada Yamashita dan hanya mendapat pingat perak. Wartawan yang mengelilinginya selepas acara akhir itu telah bertanya kepadanya: “Mengapa anda tidak menyerang kaki kanannya?”

Mohamed menjawab: “Agama saya (Islam) melarang saya memukul orang yang cedera, terutama di tempat yang sakit. Jika saya memukul kaki kanannya yang cedera, dia mungkin boleh lumpuh. Walaupun saya berpeluang besar memenangi pingat emas, saya tidak boleh berbuat demikian kepadanya, kerana agama saya melarangnya” katanya.

Penonton menyambut jawapan Mohamed itu dengan tepukan gemuruh, dan Jawatankuasa Permainan Bersih Antarabangsa telah menganugerahkannya gelaran Atlet Terbaik 1984.

Pada tahun itu, ribuan orang di seluruh dunia yang kagum dengan perbuatannya, telah memeluk Islam walaupun Mohamed sendiri tidak pernah meminta sesiapa pun untuk menjadi seorang Muslim. Dia hanya menunjukkan akhlak seperti seorang Muslim sejati dan itu sudah memadai.

Hadith yang baru-baru ini saya baca dalam sebuah buku mengatakan bahawa apabila ditanya siapakah orang Islam yang sebenar, Nabi Muhammad s.a.w menjawab dengan sangat ringkas dan jelas: “Orang yang memiliki akhlak yang baik.”

Dan apabila ditanya, “Dan apakah yang dimaksudkan dengan orang yang baik budi pekertinya?”, Nabi s.a.w menjawab: “Orang yang dengan perbuatannya, dia tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa pun iaitu orang yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Seorang Muslim adalah orang yang baik dalam segala hal. Jadilah seorang Muslim yang baik sehinggakan apabila seseorang yang datang dengan niat untuk membunuhmu, dia akan disinari cahaya Islam, mengambil contoh daripadamu dan berubah menjadi insan yang lebih baik.

Sumber:

BACA JUGA : Bekas pekerja tergamam dibayar gaji dengan syiling 5 sen

Cara mudah menabung, sehari RM2, setahun RM4436…Ini caranya..

Shuib tanya anak mahu kahwin lagi, ini jawapan padu anak shuib….