Peristiwa 25 Jun 2009, Raja Pop Michael Jackson meninggal dunia

Peristiwa 25 Jun 2009, Raja Pop Michael Jackson meninggal dunia. Hari ini 14 tahun yang lalu, Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia di usia 50 tahun.

Puncanya adalah serangan jantung kesan pengambilan kombinasi pelbagai jenis ubat yang diberikan oleh doktor peribadinya.

Beliau dilaporkan memberi ubat penenang yang cukup kuat, propofol kepada Jackson untuk mengatasi masalah tidurnya.

Peristiwa 25 Jun 2009, Raja Pop Michael Jackson meninggal dunia

Jackson memulakan karier muziknya seawal usia 6 tahun, menyertai abang-abangnya membentuk The Jackson Brothers. Pada 1972, Jackson melancarkan album solo pertamanya di samping masih menyanyi bersama abang-abangnya dalam The Jackson 5.

Bergandingan dengan produser, Quincy Jones, mereka menghasilkan ‘Thriller’ pada 1982, album ikonik yang terjual lebih 50 juta salinan seluruh dunia, menjadikannya album paling banyak terjual sepanjang zaman.

Tahun seterusnya, satu lagi detik ikonik tercipta.

Pada 1983, Jackson mencetuskan sensasi apabila mempersembahkan gerak tari ‘moonwalk’ dengan memakai topi fedora & sarung tangan putih bergemerlapan pada siaran televisyen istimewa Ulang Tahun Motown yang sekali gus menobatkannya sebagai Raja Pop.

Satu kemalangan berlaku pada 1984 ketika penggambaran iklan Pepsi, apabila api menyambar rambut & mukanya yang menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan pembikinan semula. Kerana ini dikatakan Jackson ketagih pembedahan plastik.

Susulan insiden itu, Jackson dilaporkan mula mengambil ubat penahan sakit secara rutin. Ditambah pula dengan tekanan dek kemasyhuran serta beberapa tuduhan cabul yang diterimanya, Jackson juga ketagih pelbagai preskripsi ubat penenang.

Pada 25 Jun 2009, semasa dia dalam proses persiapan untuk mengadakan konsert jelajah, Jackson ditemui tak sedarkan diri di rumah agamnya di Los Angeles. Polis mengesahkan ia satu homisid akibat penggunaan dadah tahap tinggi sehingga membawa maut.

Majlis memperingatinya diadakan pada 7 Julai di Staples Center LA, di mana lebih 20,000 orang menghadirinya, lebih 30 juta menontonnya di televisyen serta jutaan lagi mengikuti secara dalam talian.

BACA :

‘Bulan ini agak sempit untuk semua orang. Orang nak bayar bil klinik pun tak mampu’
[VIDEO] Angkara makan daging bangkai lembu sakit ditanam 7 bulan lepas, tiga maut
Akibat selalu tayang duit di media sosial, kontraktor dibunuh kawan sendiri kerana cemburu