Perubahan sukar dibuat kerana sikap Tun M, dedah Anwar

Perubahan sukar dibuat kerana sikap Tun M, dedah Anwar. Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika 22 bulan pentadbiran kerana diketuai oleh seorang yang tidak berminat melakukan perubahan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, situasi itu dapat dilihat selepas beberapa bulan gabungan itu mentadbir, politik Malaysia kembali kepada isu perkauman.

Beliau menjelaskan, terdapat siri pertemuan tertutup dengan beberapa menteri dan pemimpin Melayu dilakukan membuktikan perkara yang sama.

“Benar kerajaan Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan tidak benar-benar bersedia tetapi masalah utama kerana diketuai oleh seorang yang bukan reformis.

“Dan selepas beberapa bulan ia terbukti, dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebahagian daripada konspirasi mengembalikan isu perkauman termasuk Kongres Kebangkitan Melayu.

Perubahan sukar dibuat kerana sikap Tun M, dedah Anwar

“Kita cuba untuk melakukan reform tetapi sukar kerana yang mengetuai kerajaan ketika itu tidak komited,” dakwa Anwar.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangkok sempena lawatan kerjanya sebagai Ketua Pembangkang ke Thailand.

Anwar menegaskan, biarpun beliau tidak melupakan kepentingan hak orang Melayu itu tidak bermakna hak kaum lain di Malaysia perlu diabaikan.

Jelas Anwar, prinsipnya tetap sama iaitu ketika kepentingan orang Melayu perlu dijaga dan dipertahankan, kaum lain tidak boleh disisihkan.

BACA:

Tersenyum puas, orang asli raih pendapatan RM2,000 seminggu hasil jual Raja Kayu

BKM fasa 3, ini syarat dapat bantuan tambahan RM500

Hajat tidak kesampaian tengok wayang, remaja maut dirempuh