PH dan Pas tak akan bubar Dun tahun ini

PH dan Pas tak akan bubar Dun tahun ini. DEWAN Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri di bawah pentadbiran Pas tidak akan dibubarkan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat walaupun Parlimen dibubarkan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Sekiranya Parlimen dibubarkan pada waktu ini, tiga negeri bawah pimpinan PAS, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak akan dibubarkan.

“Yang saya difahamkan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga tidak akan turut bubar,” katanya memetik laporan FMT.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis penyerahan Watikah Ketua Bahagian Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam, malam tadi.

PH dan Pas tak akan bubar Dun tahun ini

Ketetapan itu menyusul selepas negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang membuat keputusan sama, semalam.

Beliau turut mengingatkan semua Ketua Bahagian PN supaya bersiap sedia menghadapi dua pilihan raya iaitu DUN dan Parlimen.

“Bermakna Selangor ada dua kali peperangan yang tuan-tuan kena sedia bagi menawan. Pertama kita tawan Parlimen, yang kedua kita tawan Selangor,” katanya.

BACA:

Rombongan perkahwinan ke syurga, 25 tetamu maut bas masuk gaung tak sempat ke majlis

Ketua Pengarah Penjara dibunuh, mayatnya dibakar

Pas tak puas hati pembahagian kerusi di Selangor