Poster ‘Mat Kilau’ diedit jadi ‘Mat Sakau’, ini respon Adi Putra

Poster ‘Mat Kilau’ diedit jadi ‘Mat Sakau’, ini respon Adi Putra. Sejak filem epik sejarah tempatan arahan dari Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di platform Netflix, filem yang telah meraih kutipan lebih RM97 juta itu kembali trending di media sosial.

Nama filem ditukar, gambar diedit

Walaupun menerima pelbagai respon daripada penonton platform penstriman itu, Syamsul Yusof tetap positif malah menganggap ianya lumrah dalam pembikinan filem.

Namun tindakan segelintir pihak yang menyunting poster filem terbabit ternyata mengundang rasa kurang senang pelakon utama filem Mat Kilau, Dato’ Adi Putra.

Adi Putra menerusi update terbaru di Instagram memuat naik sebuah video memaparkan gambar dirinya bersama bekas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dengan tajuk baru ‘Mat Sakau’.

Poster 'Mat Kilau' diedit jadi 'Mat Sakau', ini respon Adi Putra

‘Apa pun, terima kasih’

Tak cepat melatah dengan video itu, Adi Putra membalas tindakan akaun tersebut menerusi penulisan kapsyen di hantaran yang sama mengatakan bahawa dirinya berterima kasih kerana melihatkan ianya sebagai salah satu promosi buat Mat Kilau di Netflix.

Politik biarlah matang. Apa pun, terima kasih promosi gambar saya dan filem Asal. Allah adalah kekuatan kita, untuk mencari kekuatan, carilah Allah. Itulah perbezaan antara akal dan nafsu.

Difahamkan video itu dimuat naik di TikTok menerusi akaun @kuasasiswa dan tindakan pemilik akaun itu turut mendapat perhatian rakan selebriti serta peminat yang rata-ratanya menasihati Adi Putra untuk tidak mengambil peduli dengan ‘gurauan’ yang dibuat.

@kuasasiswaTrending now on Netflix. So much better than Mat Kilau 😊♬ original sound – CHEF_ZAM91

BACA:

Pelakon wanita burukkan namanya, Ayda Jebat malas nak ambik tahu

Honda Ex-5 Dream kini cecah harga RM12,000?

Polis Thailand pergiat usaha kesan ejen kosmetik yang diculik