Pukul 2 pagi masih cari pelanggan, netizen sebak dapat tahu warga emas berpanas dalam maskot kucing

Pukul 2 pagi masih cari pelanggan, netizen sebak dapat tahu warga emas berpanas dalam maskot kucing.

Meskipun usianya sudah lanjut, wanita ini tetap cekal mencari rezeki sebagai maskot yang menjadi penyeri warga kota.

Pukul 2 pagi masih cari pelanggan, netizen sebak dapat tahu warga emas berpanas dalam maskot kucing

Di sebalik maskot yang kelihatan ceria, tersembunyi seribu satu kisah yang mungkin tidak diketahui sesiapa.

Kisah wanita itu menjadi perhatian selepas seorang pemuda dikenali sebagai Roslan Salleh membuat pendedahan mengenainya di Fb, baru-baru ini.

Menurut Roslan, dia kagum melihat kesungguhan wanita itu dan berdoa agar Allah melimpahkan rezeki buatnya.

Pukul 2 pagi masih cari pelanggan, netizen sebak dapat tahu warga emas berpanas dalam maskot kucing

“Melihat kesungguhannya saya teruja, apatah lagi diusia ini beliau sepatutnya sudah berehat dan berada di rumah sahaja.

“Nampak juga raut wajah berusia ini keletihan tetapi apakan daya, mungkin ini sahaja cara untuk menjana pendapatan yang halal.

Pukul 2 pagi masih cari pelanggan, netizen sebak dapat tahu warga emas berpanas dalam maskot kucing

“Apapun moga Allah permudahkan urusan makcik ini, dilimpahkan rezeki seluasnya, diberikan rahmat Allah dan kesihatan yang baik selalu,” ujarnya lagi.

Menerusi posting di Fb, Roslan turut berkongsi foto wanita itu yang sedang duduk menunggu pelanggan di tepi jalan, sekitar pukul 2 pagi.

Maskot itu setia menunggu pelanggan demi mencari sesuap rezeki.

“Memang warga kota sekarang sangat merasakan kepayahan untuk menjalani kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur. Apatah lagi sekiranya ada banyak tanggungan yang harus kita hadapi.

“Di sebalik keriangan orang ramai bergambar bersama watak kartun yang mewarnai suasana di kawasan persekitaran Bazaar Malam Wangsa Maju ini, saya terkejut melihat salah satu watak kartun itu.

“Dia merupakan seorang warga emas sekitar baya ibu saya dan mungkin seusia ibu ayah anda,” ujarnya.

Nampak juga raut wajah berusia ini keletihan tetapi apa kan daya, mungkin ini sahaja cara untuk menjana pendapatan yang halal. “Nampak letih mukanya. Kasihan makcik tu terus kuat mencari rezeki. Semoga Allah permudahkan urusan dia.

Ramai netizen menitipkan doa agar wanita itu dimurahkan rezeki.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa sayu akan keperitan hidup wanita itu sehingga dia terpaksa bekerja sebagai maskot.

“Allahurabbi Ya Allah. Allahuakbarrr Ya Allah. Moga makcik ni terus tabah dan kuat serta diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusannya.

BACA : 

DKD Industri Muzik bakal dibuka 23 Mac ini
Kru penerbitan Mentega Terbang diugut, polis buka kertas siasatan
Pejabat agama negeri sendiri perlu beri tauliah kepada para ustaz yang terkenal, bukan tunggu mereka buat permohonan tauliah