‘Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak daripada Kedah’, kata Sanusi

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah “hangat” selepas Menteri Besar Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak daripada Kedah.

Sanusi (PAS-Jeneri) berkata, beliau faham mengenai kebimbangan Pulau Pinang berhubung beberapa projek mega diumumkan oleh kerajaan Kedah, yang didakwa bakal memberi saingan kepada negeri jiran itu.

BACA JUGA : Pasport dibatalkan, Sajat dilapor cari perlindungan ‘suaka’ di Australia

Katanya, sejarah bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak daripada Kedah perlu sentiasa diingat dan tidak sepatutnya masuk campur dan menegur urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pulau Pinang bukan negeri yang wujud dengan sendirinya, dalam sejarah Malaysia ada dimaklumkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak daripada Kedah.

“Jangan pula kita pajak tanah orang, kemudian kita marah pula kepada tuan tanah yang kita pajak itu. Itu tidak patut,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Azam Abd Samat (PAS-Sungai Limau) yang ingin mengetahui strategi kerajaan negeri dalam menangani rasa cemburu “negeri jiran” susulan pengumuman beberapa projek berimpak tinggi.

BACA JUGA : Kerajaan mengesahkan beri kebenaran cabutan khas nombor ekor 22 kali setahun

Menurut laporan Berita Harian, Sanusi berkata, bagaimanapun sebagai jiran yang baik, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa Pulau Pinang akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan tidak perlu bersaing dengan Kedah.

Beliau berkata, sebagai contoh projek pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) dibina dengan tujuan menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Semua pihak mengetahui usaha untuk menaik taraf LTAPP tidak dapat dibuat sepenuhnya kerana faktor kekangan tanah yang dialaminya. Jadi KXP ini akan menjadi pelengkap kepada LTAPP, bukannya pesaing kepada Pulau Pinang.

BACA JUGA : RM9.5j habuan untuk tugas mendakwa Anwar? Ini penjelasan Shafee

“Disebabkan itu, kita akan kekal berbuat kebaikan supaya negeri jiran berasa selamat kerana di dalam Islam inilah yang dianjurkan kepada umatnya,” katanya.

Terdahulu, Sanusi menjawab soalan lisan Mohd Azam yang bertanya mengenai status projek berimpak tinggi Kedah, iaitu KXP, Bandar Getah Kedah (KRC), Taman Teknologi dan Sains Kedah dan Hab Logistik, Pengeluaran dan Aeroangkasa Sidam (SLAM).

Beliau berkata, semua projek berimpak tinggi itu akan membawa perubahan besar kepada Kedah selain berupaya mengubah landskap ekonomi negeri secara lebih meluas.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/21/p-pinang-negeri-dipajak-dari-kedah-jangan-masuk-campur-urusan-kami-kata-sanusi/